Kami sedia menjual segala jenis Pergola, Gazebo, Meja, Pondok dan Kerusi yang di perbuat dari kayu untuk landskap rumah anda dan juga info menarik mengenai landskap. Berminat? Hubungi kami e-mail : f.a.woodconcept@gmail.com


Online Advertising

info..click

online camera shop

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Khamis, 22 September 2011

Tips Menyelenggara Kolam

Cara Menyelenggara kolam


# Kesihatan tumbuhan dan ikan bergantung kepada kekerapan anda membersih dan menyelenggara kolam, jadi tetapkan jadual pembersihan.

# Pencemaran air akan menyebabkan pokok dan ikan dalam kolam boleh mati, maka kekalkan keseimbangan antara tumbuhan dan ikan juga kebersihan air.

# Bagi memastikan kolam kekal dengan penjagaan yang terhad apa kata tanam pokok satu pertiga daripada keluasan kolam. Penanaman pokok dalam kolam penting untuk mengawal kadar ammonia and nitrat dalam air.

# Ikan yang menghiasi kolam biasanya akan memakan tumbuhan dalam kolam. Oleh itu, untuk mengelakkan tumbuhan mati kerana menjadi makanan ikan, seeloknya bina penghadang khas.

# Jika tidak mampu membina penghadang apa kata tukarkan ikan koi dengan ikan emas. Ikan Koi biasanya suka memakan tumbuhan dalam kolam manakala ikan emas yang lebih cerewet dan memilih makanannya.

# Pastikan kolam anda mempunyai penapis untuk memastikan air tidak cepat keruh dan berbau yang boleh menyebabkan pertumbuhan kulat dan lumut.

Rabu, 14 September 2011

Tumbuhan Untuk Pergola Anda

Panduan memilih tumbuhan memanjat untuk pergola di laman anda ;

  • Digalakkan memilih tumbuhan memanjat dengan daun dan bunga berwarna terang dalam usaha menceriakan laman dan secara langsung menampakkan ruang yang lebih luas.
  • Pastikan struktur pergola sesuai supaya tidak mengganggu tumbesaran tumbuhan.
  •  Seeloknya beli tanaman memanjat yang ditanam dalam pasu kerana akarnya tidak banyak terganggu apabila ia dipindahkan ke tanah.
  • Pastikan tanaman permukaan tanah dalam pasu tidak diliputi lumut atau akarnya terkeluar dari lubang saliran air pada bahagian bawah pasu.
  • Memilih tanaman memanjat yang tidak cepat tumbesaran hingga menyebabkan ia merimbun dalam jangka pendek dan mungkin menjejaskan pemandangan atau perancangan konsep laman yang anda impikan selama ini.
  • Aturkan jadual untuk menyelenggara termasuk kerja memangkas ranting pokok supaya ia tidak menjalar sehingga menyemakkan kediaman.

Isnin, 12 September 2011

Keunikan Landskap Berciri Melayu

Menata laman kediaman agar kelihatan segar dan menarik semakin menjadi pilihan ramai dan pelbagai konsep serta idea landskap yang boleh di ketengahkan. Pernah kah anda dengar, konsep landskap Melayu? Tentunya tergambar akan suasana kampung dengan laman yang luas dan pohon merimbun. Jika dirasakan konsep sebegini semakin jauh diminati, saya akan membawa anda untuk anda mengimbau memori Landskap Bercirikan Melayu.

Pangkin/Pelantar.

Di tempat begini, anda akan berehat dari kepenatan seharian bekerja. Kebiasaannya ia diperbuat daripada kayu cengal atau balau yang tahan cuaca. Biasa juga dikenali sebagai Gazebo atau wakaf.

Khamis, 8 September 2011

Blogger Tanpa Sempadan.. Kongsikan acara blog anda di twitter melalui HOTLINK.. nGam ...wooHaaa

Blogger tanpa sempadan kembali dari perjalanan mereka! Masa untuk recap! Mereka tweeted tentang pengembaraan anda dan Hantar kemas kini banyak dan gambar, semua dilakukan dengan Data Prepaid Hotlink Perantauan perkhidmatan...(kalau anda tidak faham, click sahaja untuk memahami)

Tips Menjaga Tanaman di Laman Rumah

Tentukan jenis pokok dan tanah. Selidiki cara penjagaan pokok berdasarkan jenisnya serta kesesuaian tanah.

Siraman - Tentukan waktu sesuai untuk menyiram iaitu selok-eloknya sebelum jam 11 pagi dan di antara jam 3.30 petang hingga 7 malam untuk siraman kedua. Elakkan sama sekali penyiraman pada waktu tengahari.

Pemangkasan - Jangan pangkas jika tiada sebarang tujuan atau tanpa idea kesannya. Tujuan pemangkasan adalah untuk kesuburan, membentuk pokok, keselamatan, penggalakan dan pengeluaran bunga serta buah.

Pembajaan - Penting untuk tumbesaran pokok dan ramai menganggap bahawa lebih banyak baja digunakan, pokok akan tumbuh dengan lebih subur. Ada pelbagai jenis dan jenama yang terdapat di pasaran. Secara umumnya, kadar baja dan masa pembajaan adalah lebih kritikal dari jenis baja yang akan digunakan.

Jika anda ada tips, kongikan bersama saya di e-mail f.a.woodconcept@gmail.com..

Rabu, 7 September 2011

Seni Gaya Landskap



Mencipta landskap kediaman yang berbeza dan menarik dengn sentuhan ilham lebih moden semakin diminati bagi pemilik kediaman. Penggunaan bahan kitar semula dan mesra alam menjadi satu kemesian dalam seni menghiasi laman. Ianya bertujuan agar hasilnya bukan sahaja melahirkan taman yang unik bahkan memberikan satu kelainan yang sihat bagi persekitaran laman rumah.

Struktur Seni Bina.

- Penggunaan bahan kitar semula sememangnya tidak asing digunakan waktu kini. Ia juga memperlihatkan pada penggunaan dan penggayaan taman dan landskap kediaman. Bahan-bahan kiar semula bukan sahaja menjimatkan bajet, tetapi juga memberi pendekatan mesra alam seperti yang diuar - uarkan kerajaan Malaysia. 

- Bahan - bahan kitar semula sesuai dijadikan sebagai struktur seni bina seperti kayu dan juga keluli. Kita cuma perlu menghiaskan struktur binaan dengan pokok menjalar yang bakal memberikan teduhan sewaktu bersantai. Anda digalakkan memilih pokok yang tahan kadar pencahayaan matahari yang banyak kerana struktur binaan ini tidak mempunyai bumbung.

Isnin, 5 September 2011

Seni Menghiasi Laman

LAMAN yang cantik dan teratur dapat menyejukkan mata dan memberi ketenangan kepada pemilik. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk disesuaikan dengan keadaan kawasan sama ada laman rumah kampung atau bandar. Antara cara menghias halaman rumah anda. Rumput boleh juga ditanam selain laluan bersimen yang berselang seli untuk menghiasi halaman.

Antara jenis rumput yang cantik ialah rumput turf kerana selain menaikkan seri taman, ia berfungsi menstabilkan tanah, merendahkan suhu persekitaran, menyerap gas tercemar dan menjadi alas menutup bumi yang boleh menghalang hakisan tanah. Rumput jenis tikar seperti Axosnospus Compressus juga sesuai ditanam di halaman kerana ia sesuai hidup pada semua jenis tanah dan tahan pijakan.
Bagi rumah di kawasan kampung, tanam secara barisan bunga-bungaan yang menjalar mengelilingi rumah. Sebaiknya gunakan tanaman tidak berbunga.

Sabtu, 3 September 2011

Tips Menghiasi Taman Kediaman

Laman yang menarik bukan hanya bergantung sepenuhnya kepada reka bentuk, tema serta tanaman yang mahu diketengahkan saja, tetapi hiasannya juga perlu dititik beratkan juga. Bagi sesetengah orang, hiasan laman tidak perlu, walaupun hakikatnya ia penting bagi menyerlahkan lagi kediaman selain memberi identiti kepada ruang berkenaan.

Justeru, pemilihan hiasan laman perlulah dilakukan berhati-hati supaya memberikan hasil yang sesuai dengan tema dan persekitaran ruang berkenaan sebagai tempat istirahat seisi keluarga. Kepenatan menghias ruang laman dengan hasil usaha sendiri tanpa bantuan pereka dan kontraktor landskap pastinya berbaloi kerana ia menepati cita rasa sendiri selain menjimatkan.

Rabu, 31 Ogos 2011

Dekorasi Rumah Terbuka Raya Ini



Menghias kediaman pasti menjadi keutamaan ramai ketika ini untuk menyambut lebaran selain memenuhi kelengkapan persalinan. Rumah yang cantik bukan sahaja memberi kepuasan kepada pemiliknya, namun turut menyajikan keselesaan kepada pengunjung yang bertandang. Apatah lagi konsep rumah terbuka hari raya semakin diminati.

Pastinya ketika ini ramai yang sedang berkira-kira konsep apa yang perlu diterapkan untuk hiasan kediaman pada tahun ini. Masih tercari hiasan yang sesuai?  Home Decor Crafts mungkin boleh membantu. Kepada mereka yang gemar hiasan unik, pusat sehenti kelengkapan rumah ini menjanjikan pelbagai pilihan hiasan dan juga perabot yang menarik pada harga berpatutan.

Isnin, 29 Ogos 2011

Seni Dekorasi Musim Perayaan.




MUSIM perayaan turut menjadi medan suri rumah menguji kepakaran menghias rumah. Namun, persoalannya, apakah tema dan aliran gaya menarik tahun ini? Mengekalkan konsep penataan tahun lalu bukan saja membosankan bahkan menunjukkan tiada ilham segar mampu disajikan bagi menyambut tetamu.

Ramai di antara kita sudah menetapkan sesuatu konsep dan tema hiasan yang diingini. Justeru, menukarkannya kepada tema baru memerlukan perbelanjaan besar bahkan ada perabot dan hiasan berkemungkinan perlu dilupuskan demi menyesuaikannya dengan gaya baru. Andai pembaziran sukar dielakkan, ia seharusnya mampu diselesaikan secara bijak jika penghuni kediaman tahu mengatur gaya bagi disesuaikan dengan sesuatu rekaan.

Namun, perlu diingat, elakkan membuat andaian melulu atau terlalu taksub beranggapan sesuatu ruang hanya layak diberikan satu sentuhan serta gaya hiasan saja. Di sini, beberapa panduan dimulakan dengan pilihan tema serta konsep utama. Ini penting bagi mengelak pertembungan gaya hiasan ketika menzahirkan gaya penataan nanti.

Sabtu, 27 Ogos 2011

Wakaf Dan Bangku... Dari Kayu Hanyut


PENGGUNAAN asksesori kayu di laman amat sesuai bagi mereka yang memilih konsep tradisional, nusantara dan tropika yang sememangnya serasi serta melambangkan identiti penataan berkenaan.
Malah, penggunaan kayu itu tidak saja terhad sebagai penghias dan penyeri laman saja tetapi turut memberi nilai tambah dan warna kepada laman.

Penggunaan kayu di laman juga akan menjadikan kawasan berkenaan nampak lebih asli manakala warna laman menjadi rustic atau tampak lapuk.

Pada masa sama, aksesori kayu turut menjadikan laman tampak hidup atau tidak kaku selain kukuh dan lebih tahan lama. Pereka laman juga percaya unsur kayu seperti kerusi dan meja laman, lebih mudah dijaga dan dibersihkan berbanding bahan hias yang lain. Di pasaran ada pelbagai jenis hiasan kayu yang sesuai untuk laman dan boleh dipadankan dengan pelbagai konsep laman.

Jumaat, 26 Ogos 2011

Ingat TAM-TAM?

perasa Ayam, Ikan dan ketam?!.. Ala TAM-TAM.. masa kite kecik dulu rajin makan... ingat tak? Kalu tak ingat click untuk KESEGARAN daya ingatan...

Rahsia Laman Cantik, Bagaimana?!


thanx a lot

Ramai yang mahu memiliki laman yang cantik seperti di bilik pameran atau nurseri tanaman. Namun, kebanyakannya tidak mahu mempelajari teknik yang betul untuk menanam pokok dan menjaga landskap menyebabkan pokok mati dan landskap idaman hanya bertahan sebulan dua. Ada beberapa tip penjagaan landskap yang perlu diberikan perhatian untuk memastikan laman terus cantik dan kekal lama.

Perkara utama dalam penjagaan landskap adalah penyiraman pokok yang perlu dilakukan untuk memastikan jumlah air mencukupi diserap tisu tumbuhan. Persoalannya, bagaimana anda mengetahui bila dan berapa banyak air diperlukan oleh setiap pokok? Kita tahu bahawa pokok memerlukan air untuk hidup, tetapi terlalu banyak air boleh menjejaskan pertumbuhan pokok.

Selasa, 23 Ogos 2011

Taman Dapur



Sama seperti taman herba, taman dapur atau Kitchen Garden sering menjadi pilihan utama sebagai tema di dalam rekabentuk sesuatu taman. Taman dapur merupakan taman yang mengeluarkan hasil , produktif, ditanami tumbuhan yang boleh digunakan untuk keperluan masakan. Tumbuh-tumbuhan di dalam sesebuah taman dapur ini boleh terdiri daripada gabungan spesies rempah-ratus, herba, ulam-ulaman, sayur-sayuran ataupun bunga-bungaan.

Gabungan spesies ini pula diolah, diatur dengan sentuhan rekabentuk yang menarik. Kehadiran taman atau kebun dapur selalunya membantu mereka yang bertugas di dapur memperolehi sebahagian daripada keperluan atau ‘aksesori’ bahan masakan dengan mudah.  Pemilihan tema Kitchen Garden juga selalunya bertujuan untuk disesuaikan dengan halaman yang sediada berdekatan dengan ruang dapur rumah berkenaan. 

Taman dapur turut mempunyai kaitan rapat dengan Taman ulaman dan Taman sayuran (Sesetengah memanggilnya sebagai vegi atau edible garden). Perbezaan yang agak ketara mungkin wujud di sebalik peratus penggunaan jenis bahan tanaman.

Isnin, 22 Ogos 2011

dapatkan dari #AddaraK

Macam mana persediaan RAYA AIDILFITRI anda? Tak teringin ke KAIN KAFTA nih..? clikck untuk lebih pengetahuan dan pengalaman..... dapatkan dari #AddaraK
Menarik untuk anda HAri Raya ini....

Cara & Teknik Menghias Laman Rumah

LAMAN yang cantik dan teratur dapat menyejukkan mata dan memberi ketenangan kepada pemilik. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk disesuaikan dengan keadaan kawasan sama ada laman rumah kampung atau bandar. Antara cara menghias halaman rumah anda.

Rumput boleh juga ditanam selain laluan bersimen yang berselang seli untuk menghiasi halaman. Antara jenis rumput yang cantik ialah rumput turf kerana selain menaikkan seri taman, ia berfungsi menstabilkan tanah, merendahkan suhu persekitaran, menyerap gas tercemar dan menjadi alas menutup bumi yang boleh menghalang hakisan tanah.

Rumput jenis tikar seperti Axosnospus Compressus juga sesuai ditanam di halaman kerana ia sesuai hidup pada semua jenis tanah dan tahan pijakan. Bagi rumah yang tiada halaman luas, penggunaan bunga secara berpasu lebih sesuai. Pastikan anda memilih pokok jenis berbunga supaya nampak berwarna-warni untuk menimbulkan suasana ceria.

Sabtu, 20 Ogos 2011

Tips Mengecat Rumah Anda

Rumah baru ... mestilah banyak perancangan yang ingin dilakukan...antaranya..mengecat bilik, dinding rumah daln lain-lain mengikut warna citarasa pilihan. Tapi ramai dikalangan kita...hanya memilih cat tanpa mengambil kira lapisan pertama cat atau basecoat.

Lapisan pertama cat sangat penting demi memastikan keadaan cat ini kekal cantik, bebas kulat, terhindar daripada keretakan dan terkupas. Lapisan pertama penting membantu menutup segala liang-liang seni atau keretakan yang akan merosakkan bangunan dan menjejaskan pandangan.

Apabila lapisan pertama cat dititik beratkan, kita akan memperolehi permukaan dinding yang tahan lasak dan menjimatkan wang. Lapisan pertama cat tidak hanya digunakan untuk di luar bangunan malahan ia juga digunakan untuk di dalam bangunan.

Jumaat, 19 Ogos 2011

Rumput Lebih Hijau Dan Cantik


Memiliki halaman berumput yang subur dan rapi tidak perlu berbelanja besar. Sebaliknya, ia boleh diperoleh dengan merujuk buku, majalah, internet malah pakar landskap yang sudi mendedahkan cara menjaga dan memeliharanya. Sebaik asas penjagaan diketahui, anda mampu melakukannya sendiri. Malah, silap gaya jiran dan rakan pula datang meminta diperturunkan petua dan ilham membentuk halaman indah.

Memangkas dan menyabit rumput perkara paling asas menzahirkan halaman terjaga rapi. Bagaimanapun
tekniknya perlu betul terutama jika ini membabitkan pengalaman pertama anda memangkas dan menyabit
rumput. Jika ini kali pertama anda melakukannya, pastikan hayunan sabit anda mencecah hingga ke akar
rumput.

Selain membuang rumput mati, tujuan utamanya ialah membenarkan rumput baru dan lebih hijau
tumbuh dengan cepat. Pastikan kawasan berumput itu dicakar dan digembur sekalipun tidak keseluruhan rumput halaman anda potong dan pangkas. Cara ini dipercayai membantu menyuburkan tanah sekali gus menggalakkan pertumbuhan rumput baru yang lebih subur.

Tips Berjimat Untuk Perayaan ( Ruang Makan )

MENGHIAS ruang makan tidak memerlukan peruntukan besar asalkan bijak memanfaatkan perabot dan aksesori hiasan sedia ada.

Panduan berikut boleh membantu:

  • Cat dinding


    Warna terang bagi menceriakan ruang makan yang kurang pencahayaan, warna gelap pula ada kalanya mampu menjadikan ruang sejuk, warna lembut mencerahkan dan mewujudkan suasana lebih luas.
    Bagi menonjolkan kelainan dinding, gunakan teknik mengecat seperti span atau kertas sempadan. Dinding boleh diserikan dengan bingkai gambar atau cermin.
  • Isnin, 15 Ogos 2011

    Dapatkan hanya yang terbaik untuk iPhone anda #MediPhone4Vest ! #MilkADeal

    anda salah seorang pengguna iPhone? Musim perayaan ini lakukan sesuatu untuk menyerlahkan iPhone anda? klick untuk mengetahui sesuatu yang CANTIK mengenai iPhone anda...

    Tinted bergaya dari #Raytech ! amacam, mau? jom #MilkADeal

    Beraya tahun ini dengan TINTED kereta bergaya dari #Raytech ! amacam, mau? jom klick jek #MilkADeal

    Wakaf.. Sekadar Berkongsi Selera..

    terima kasih daun keladi

    Sudah menjadi trend sejak kebelakangan ini, kebanyakan kawasan kejiranan berpagar di bandar baru pinggir ibu kota sering menampilkan rumah dengan seni bina moden. Penggunaan kaca untuk dengan susun letak tingkap dan pintu juga jelas menunjukkan ciri moden yang ingin ditampilkan.



    Namun, landskap yang dibangunkan tidak menampakkan ciri moden sebaliknya konsep laman tropika yang ringkas dan minimalis sering ditonjolkan. Gabungan seni bina moden dengan konsep laman tropika yang ringkas ini nampaknya sepadan dan kini menjadi satu aliran baru dalam seni hiasan landskap.

    Sabtu, 13 Ogos 2011

    Join CHURP-CHURP dan menang duit... jom

    apa kata, ajak rakan,kawan dan sahabt join? bolehmenang duit.. nak RAYA !!?

    Pergola Mengindahkan Landskap Rumah


    DULU pergola berperanan meredupkan kawasan laman di kediaman tetapi kini dengan peredaran masa, fungsinya lebih daripada itu. Reka bentuk yang pelbagai boleh disesuaikan mengikut kehendak pemilik. Sama ada dijadikan ruang bersantai sambil menikmati udara petang atau hiasan di taman, pergola kini semakin menjadi pilihan kebanyakan pemilik rumah dalam menghias laman masing-masing.

    Dibina sendiri atau membeli pasang siap, pergola bukan sekadar sebahagian daripada hiasan laman tetapi mampu membentuk watak pada sesebuah taman, terutama yang mempunyai reka bentuk menarik.
    Bagi halaman luas, pembinaan pergola boleh disesuaikan dengan cita rasa. Kini pelbagai reka bentuk pergola pasang siap ada di pasaran, daripada yang sebesar 0.6 meter sehinggalah mencapai 3.3 meter.

    Khamis, 11 Ogos 2011

    Menang RM10,000 dengan NescafeChilllah!

    Ingin memenangai ganjaran sehingga RM10,000.00. Jom click dan menang... yeah

    Pergola Semakin Diminati

    terima kasih

    PENGGUNAAN pergola makin mendapat perhatian yang mampu menampilkan keunikan laman. Jika anda bijak menyuai padan, ia dapat disesuaikan dengan apa jenis kediaman sekali pun, walaupun ruangnya terhad.
    Pergola adalah para kayu yang dibina di laman untuk memayungi ruang pejalan kaki atau ruang depan atau belakang rumah dan boleh diperoleh dalam dua jenis iaitu bertutup atau terbuka. Nama pergola di ambil daripada bahasa Latin, Pergula yang merujuk kepada layar sengkuap dan kemudian dipinjamkan ke dalam bahasa Inggeris.




    Dengan kata lain, pergola adalah binaan sementara yang biasa dibina di depan pintu rumah menuju ke taman depan kediaman. Dalam seni binaan barat, biasanya pergola dibina untuk depan pintu menuju ke kolam renang atau laman belakang atau kiri dan kanan rumah menjadi ruang berlindung daripada panas dan hujan.

    Isnin, 8 Ogos 2011

    Apa Itu Gazebo

    Keperluan masyarakat kini terhadap tempat melakukan aktiviti tidak hanya diperlukan rumah saja, tetapi berkembang juga kepada bangunan pendukung rumah itu sendiri. Salah satu bangunan pendukung rumah adalah Gazebo. Bila kita mendengar kata gazebo, yang tertanam di benak kita bahawa gazebo itu adalah bangunan sederhana yang difungsikan untuk tempat berehat di halaman belakang rumah kita, tempat duduk - duduk bersama ahli keluarga, mungkin kita jenuh berada di dalam rumah dan kita memerlukan tempat di luar rumah yang selesa.

    Pada umumnya masyarakat kita yang mempunyai rumah dengan halaman yang cukup luas dan membuat Gazebo untuk dapat melakukan aktiviti di luar rumah serta menikmati pemandangan sekitar. Dimensi Gazebo yang di bina berukuran 2 x 2m ², 3 x 3m ², dan seterusnya, bergantung kepada keluasan kawasan yang bebas dan kegiatan yang nantinya dilakukan di gazebo itu.

    Jumaat, 29 Julai 2011

    Keunikan Ukiran Kayu

    Seni ukiran kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat Malaysia terutama bagi masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli.

    Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti seni ukiran yang lain cuma berbeza dari segi cara dan teknik pengukirannya. Seni ini begitu berkembang luas kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan di negara kita.

    Di samping itu juga, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh dipelbagaikan kegunaannya. Dalam bidang ini, fokus akan ditumpukan kepada seni ukiran masyarakat Melayu, masyarakat etnik Sarawak dan masyarakat Orang Asli.

    Isnin, 10 Januari 2011

    inFo wakaf...

    WAKAF biasanya dijadikan tempat berehat golongan petani atau pesawah untuk melepaskan lelah selepas seharian penat membanting tulang di ladang atau bendang masing-masing.

    Namun, wakaf bukan saja digunakan sebagai tempat berteduh golongan terbabit, malah kini turut dijadikan pilihan utama peminat landskap sebagai pelengkap dan penyeri sudut laman rumah mereka.

    Ini kerana pembinaan wakaf yang struktur binaan luarnya seperti pondok dengan keadaan terbuka di sekelilingnya menjadikan laman rumah tampak sejuk dan nyaman selain berfungsi mewujudkan suasana visual vertikal dalam taman.

    Selain itu, wakaf menjadi sebahagian titik fokus utama kepada elemen landskap kerana peranannya yang dapat menghidupkan lagi suasana kedamaian pada laman rumah selain dijadikan tempat bersantai pada waktu petang.

    Di negara ini, terdapat pelbagai jenis wakaf dengan reka bentuk berbeza antaranya wakaf bumbung limas Johor, kampung, gaya neo-tradisional dan bendang.

    Aliran wakaf limas semakin diminati ramai sejak akhir-akhir ini berikutan penggunaan imej rustik dan usang selain penyatuan elemen semula jadi pada satu struktur binaannya.

    Walaupun kos pembinaannya dikatakan mencecah ribuan ringgit, pemilik laman sanggup mengeluarkan modal besar bagi memastikan landskap mereka sentiasa ceria dan indah serta tidak cacat bagi pandangan luar.

    Pada hakikatnya, tarikan reka bentuk wakaf sebenarnya bergantung sepenuhnya kepada kreativiti dan cita rasa masing-masing sama ada berkonsep moden, kontemporari atau sebaliknya selain perlu mengikut keluasan tanah atau laman rumah.

    Wakaf yang bakal didirikan itu pula boleh dibina dalam pelbagai saiz dan bentuk sama ada pemiliknya mahukan bumbung beratapkan rumbia, senggora, limas atau genting lama.

    Bagi mereka yang mengimpikan wakaf berbentuk tradisional, boleh memilih atap rumbia dan nipah sebagai penutup bumbung sebelum meletakkan kayu berukiran awan larat pada bahagian tepi bumbung selain diletakkan pancang kayu berbentuk mata lembing pada puncak bumbung.

    Bagi wakaf berbentuk moden pula, peminat landskap boleh menghasilkan reka bentuk ala Inggeris dengan menjadikan atap genting lama atau senggora sebagai penghias bumbung sebelum mengecatnya dengan warna agak pudar.

    Sementara itu, kebanyakan kayu yang digunakan untuk membuat tiang, tunjuk langit, tetulang bumbung dan pangkin wakaf pula daripada jenis balau, seraya dan cengal kerana ia kukuh serta tahan perubahan cuaca.

    Namun, penggunaan batang nibung dan pinang juga boleh digunakan sebagai tiang penyokong wakaf kerana kedua-duanya turut dikatakan lasak, selain memiliki teras serta corak kayu asli sebaik kulitnya disiat buang sebelum divarnis dengan cat bermutu tinggi.

    Selain alah kepada cuaca, pemilihan kayu penting bagi menentukan keutuhan dan ketahanan sesuatu wakaf untuk tempoh agak panjang bagi mengelakkannya daripada dimakan serangga pemusnah seperti anai-anai.

    Bagi pemilik kreatif, mereka boleh menghias wakaf mereka dengan pelbagai aksesori taman menarik sebagai pelengkap seperti hiasan lampu antik dipasang pada tiang atau meletakkan bangku siap divarnis pada ruang tengah wakaf.

    Bagi memastikan suasana taman yang direka bentuk tidak mati, tanaman hiasan sama ada renek, berbunga, menjalar atau berdaun hijau perlu ditanam secara teratur dan kreatif di sekitar wakaf terbabit, selain penggunaan elemen keras seperti pasu dan ornamen.

    Antara tanaman hiasan yang disyorkan ialah pinang makan atau areca carechu, keladi gajah (alocasia spp), palma renek (golden cane palm), naga buana (phyllanthus myrtifolius) dan pegaga.

    Malah, bagi menceriakan lagi suasana, panel pancutan air pada dinding dan kolam air juga boleh dibina berhampiran atau di bawah wakaf sebelum dilepaskan sekumpulan ikan koi serta tumbuhan berair seperti kiambang dan bunga telipot di dalamnya

    Selasa, 4 Januari 2011

    5 Sebab Mengapa Anda Perlukan Gazebo/Wakaf Di rumah Anda!

    1. Dapat Meninggikan Lagi Nilai Rumah Anda

    Dengan mempunyai Gazebo/Wakaf di rumah secara tidak langsung telah meninggikan lagi nilai rumah anda. Mengapa kami berkata demikian? Ini kerana Gazebo/Wakaf di laman rumah anda merupakan satu bentuk 'Pelaburan Kesihatan' iaitu 'Pelaburan Ketenangan & Kedamaian'.

    Jika diberi pilihan, rumah yang manakah anda suka lihat dan pergi? Sudah pastinya rumah yang mempunyai gazebo/wakaf beserta laman yang mempunyai lanskap tumbuhan tropika yang cantik berbanding rumah yang tiada gazebo/wakaf dan lanskap tumbuhan tropika di laman rumah. Dan jika diberi pilihan diantara keduanya, rumah yang mana satukah yang dapat menenangkan dan mendamaikan minda anda?

    Ya, tentu sekali rumah yang mempunyai gazebo/wakaf yang dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan lanskap tropika yang menyejukkan dan mendamaikan jiwa.

    Jika minda anda tenang dan damai, secara tidak langsung badan anda pun menjadi sihat. Hasilnya, anda pasti dapat mencari lebih banyak wang untuk diri anda dan keluarga tercinta.


    2. Tempat Terbaik Untuk Anda Rileks Bersama Keluarga Tercinta.

    Sabtu dan Ahad merupakan hari yang paling sesuai untuk anda mengeratkan semula hubungan kekeluargaan di antara anda, isteri dan anak-anak anda. Setelah penat seharian bekerja dari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 6 petang, inilah masa untuk anda bersantai dan berkumpul bersama-sama dengan keluarga anda yang tercinta di gazebo/wakaf di laman rumah anda pada pagi dan petang hujung minggu.

    Cuba anda bayangkan anda bersarapan ataupun makan tengahari seisi keluarga dengan penuh berselera dan penuh gelak ketawa di gazebo/wakaf sambil ditiup angin sepoi yang nyaman. Cukup indah, bukan? Terasa betul-betul rileks dan damai dan yang lebih menarik lagi, segala masalah pun boleh hilang di bawa angin sepoi dan gelak ketawa isteri dan anak-anak.

    Adakah ini tidak cukup menarik bagi anda?


    3. Tempat Terbaik Untuk Anda Mencari Ketenangan

    Selain letih setelah seharian bekerja, minda anda juga tidak terkecuali dibebani dengan 1001 macam masalah di tempat kerja anda. Secara jujurnya, ini pasti menggandakan lagi keletihan dan tentu sekali merunsingkan lagi fikiran anda. Dimarahi bos selain masalah sesama rakan sekerja merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

    Sekiranya perkara ini berterusan, percayalah, ianya pasti merosakan minda dan koordinasi badan anda untuk jangka masa panjang. Selain itu, anda juga akan kelihatan lebih tua berbanding umur anda sekarang kesan daripada tekanan 1001 masalah yang melanda fikiran anda. Tentu sekali anda tidak mahu hal ini terjadi pada diri anda, bukan?

    Rahsia Gazebo dan Wakaf...


    FLY AKASIA
    WooD & Concept
    • Pengenalan kepada blogger baru atau lama. Fly Akasia Wood & amp;Concept adalah sebuah syarikat/blogger  yang pengkhususan nya adalah dalam bidang kayu untuk landskap kediaman, pejabat, tadika, sekolah,universiti dan lain- lain kawasan yang boleh di bina untuk menampakkan serinya.
    • Kami membina Pergola, Gazebo, Pondok, Bangku, Meja berasakan kayu, iaitu kayu balau, yang mana ianya adalah kayu paling tahan antara kayu yang ada di Malaysia.
    • Jika anda inginkan suasa rumah yang mendamaikan,ceria dan harmoni, nah,..
    • Apa yang kami tawarkan ini mampu membuat seisi keluarga anda merasa seperti berada di taman di kawasan hutan.
    • Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan kami bagi membina Pergola,Gazebo,Bangku,Pondok dan Meja berasakan kayu, boleh menghubungi kami di talian :  012-6226624 / 017-2586746
    atau melalui e-mail: f.a.woodconcept@gmail.com
    • Bagi pelanggan terawal, kami akan memberi diskaun 10% dari harga semasa kami. Kami memberi 100 % jaminan bahawa kayu kami adalah Balau, yang mampu bertahan dalam apa jua keadaan sekalipun.

    cuba periksa...

    Page Rank Checker

    made in Malacca

    bighandesign

    BlogMalaysia.com

    ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!