Kami sedia menjual segala jenis Pergola, Gazebo, Meja, Pondok dan Kerusi yang di perbuat dari kayu untuk landskap rumah anda dan juga info menarik mengenai landskap. Berminat? Hubungi kami e-mail : f.a.woodconcept@gmail.com


Online Advertising

info..click

online camera shop

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Sabtu, 3 September 2011

Tips Menghiasi Taman Kediaman

Laman yang menarik bukan hanya bergantung sepenuhnya kepada reka bentuk, tema serta tanaman yang mahu diketengahkan saja, tetapi hiasannya juga perlu dititik beratkan juga. Bagi sesetengah orang, hiasan laman tidak perlu, walaupun hakikatnya ia penting bagi menyerlahkan lagi kediaman selain memberi identiti kepada ruang berkenaan.

Justeru, pemilihan hiasan laman perlulah dilakukan berhati-hati supaya memberikan hasil yang sesuai dengan tema dan persekitaran ruang berkenaan sebagai tempat istirahat seisi keluarga. Kepenatan menghias ruang laman dengan hasil usaha sendiri tanpa bantuan pereka dan kontraktor landskap pastinya berbaloi kerana ia menepati cita rasa sendiri selain menjimatkan.

Malah, menghias laman dengan usaha sendiri akan menyerlahkan lagi identiti pemilik kediaman dan memberikan sentuhan unik yang berbeza dengan taman lagi di kejiranan. Sebelum menghias laman ada beberapa perkara perlu dititik beratkan seperti mengenali jenis hiasan yang mahu diketengahkan selain kesesuaian ruang dan bahan yang digunakan.
Berikut adalah empat cara untuk menghias laman kediaman;

Gunakan hiasan ringkas

Pepatah ada menyatakan ringkas itu memberikan kesan yang lebih. Hiasan laman sepatutnya menyokong dan melengkapkan lagi ruang persekitaran yang ada bukannya menyerlah sehingga menenggelamkan ruang. Pilihlah hiasan yang anda suka dan sesuai serta dapat menyerlahkan lagi ruang.

Kekal semula jadi atau keaslian

Kini, kebanyakan hiasan laman diperbuat daripada bahan gentian dan plastik, namun tidak bermakna ia tidak boleh memberikan nilai estetika kepada laman.  Pastikan hiasan laman praktikal untuk ruang dan mudah dibersih atau diselenggarakan. Pastikan juga hiasan yang dipilih dapat disesuaikan dengan aktiviti ketika berada di laman.

Misalnya, jika anda suka membaca di laman, gantikan bangku pasti dengan bangku kayu bersama ambal dan kusyen supaya ia dapat memberikan keselesaan. Jika mahu memberi nilai tambah, tidak salah letakkan buaian kayu dengan warna lapuk dihiasi pokok melilit tali buaian.

Letakkan meja konkrit, batu atau kayu, jika anda menjadikan laman ruang istirahat dan tempat minum petang bersama keluarga. Wakaf dihiasi langsir jarang juga pastinya cantik untuk laman kediaman

Pilih hiasan ikut gaya dan tema laman

Pemilihan hiasan mengikut tema, memudahkan anda memberi hiasan dan sudah pasti ia dapat mengelakkan pembaziran. Hiasan mengikut tema juga mampu menyerlahkan laman dan anda tidak pening kepala untuk menyesuaikannya mengikut ruang.

Berikut adalah beberapa tema laman yang biasa dipilih penggemar seni taman:

Kontemporari, Antik, Oriental, Inggeris, Sepanyol, Zen, Tropika, Fantasi, Nusantara

Pilih hiasan ikut fungsi laman

Seeloknya belilah hiasan mengikut kegunaan laman kepada pemilik kediaman. Jika pemilik kediaman selalu menjadikan laman ruang istirahat keluarga seperti minum petang, ruang bersarapan atau membaca, maka hiasannya perlulah sesuai aktiviti itu seperti pembinaan meja dan bangku.

Dicadangkan jadikan ruang laman tempat melayan tetamu, jadi letakkan air terjun, kolam hiasan atau akuarium atau terarium (terrarium) iaitu media atau wadah daripada kaca atau plastik atau mana-mana bekas lutsinar berisi tanaman.

Bagi laman ala Inggeris dan Sepanyol letakkan pendiang api atau dapur, tempat pembakar dan barbeku kerana ia menjadi hiasan laman yang cantik serta boleh digunakan jika anda mahu membuat majlis kecil-kecilan di laman kediaman.

Untuk mereka yang menjadikan laman tempat bersenam atau melakukan yoga, maka letakkan pangkin daripada kayu yang boleh dimanfaatkan ketika aktiviti berkenaan.


Info
Aksesori laman


Angin: Loceng Angin, Kipas, Penunjuk Arah, Kincir Angin Mini
Air : Pancuran Air, Kolam, Air Terjun, Tempayan, Turi, Pasu Hiasan, Kincir Air Mini, Semburan Air, Pili
Api : Jalung, Panjut, Lilin, Pendiang (biasanya untuk tema lama Sepanyol dan Eropah)
Unggas: Rumah Burung, Rumah Rama-rama, Tempat Makan Burung, Tempat Mandi Burung
Arca: Arca Pokok, Arca Kayu, Besi, Batu, Kaca, Kayu Hanyut, Seramik dan Terracota
Binaan: Wakaf, Pangkin, Para-para, Kotak Tanaman, Pintu Gerbang, Kendi
Perabot: Bangku, Kerusi dan Meja laman, Buaian daripada Kayu, Konkrit (Simenfero), Besi, Keluli dan Plastik atau Gentian
Pencahayaan: Lampu, Bola Cahaya (untuk kolam hiasan dan renang), Mentol LED, Hiasan Gantung Berkilat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cuba periksa...

Page Rank Checker

made in Malacca

bighandesign

BlogMalaysia.com

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!