Kami sedia menjual segala jenis Pergola, Gazebo, Meja, Pondok dan Kerusi yang di perbuat dari kayu untuk landskap rumah anda dan juga info menarik mengenai landskap. Berminat? Hubungi kami e-mail : f.a.woodconcept@gmail.com


Online Advertising

info..click

online camera shop

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Selasa, 23 Ogos 2011

Taman Dapur



Sama seperti taman herba, taman dapur atau Kitchen Garden sering menjadi pilihan utama sebagai tema di dalam rekabentuk sesuatu taman. Taman dapur merupakan taman yang mengeluarkan hasil , produktif, ditanami tumbuhan yang boleh digunakan untuk keperluan masakan. Tumbuh-tumbuhan di dalam sesebuah taman dapur ini boleh terdiri daripada gabungan spesies rempah-ratus, herba, ulam-ulaman, sayur-sayuran ataupun bunga-bungaan.

Gabungan spesies ini pula diolah, diatur dengan sentuhan rekabentuk yang menarik. Kehadiran taman atau kebun dapur selalunya membantu mereka yang bertugas di dapur memperolehi sebahagian daripada keperluan atau ‘aksesori’ bahan masakan dengan mudah.  Pemilihan tema Kitchen Garden juga selalunya bertujuan untuk disesuaikan dengan halaman yang sediada berdekatan dengan ruang dapur rumah berkenaan. 

Taman dapur turut mempunyai kaitan rapat dengan Taman ulaman dan Taman sayuran (Sesetengah memanggilnya sebagai vegi atau edible garden). Perbezaan yang agak ketara mungkin wujud di sebalik peratus penggunaan jenis bahan tanaman.

Membina Taman Dapur

Bergantung kepada keluasan halaman yang ada, penyusunan bahan tanaman di ruangan ini perlu disesuaikan dengan penggunaan halaman itu sendiri. Sesetengah pemilik kediaman mempunyai ruang atau halaman yang agak besar di bahagian luar dapur mereka. Halaman yang luas itu adakalanya dimanafaatkan sebagai ruangan beristirehat /santai sesama ahli keluarga atau secara sendirian bagi menikmati keindahan taman dengan gabungan hiasan bungaan dan campuran tumbuhan-tumbuhan dapur yang menarik. Taman dapur dibina terutamanya pada bahagian sempadan kediaman atau sudut-sudut ruangan yang tertentu berdekatan dengan ruang dapur rumah. Kebiasaannya ruangan ini turut disediakan beberapa kelengkapan perabot taman seperti kerusi berserta meja ringkas yang disesuaikan bahan buatannya dengan ruangan berkenaan.

Namun terdapat juga kediaman yang agak terhad halaman dapurnya. Ruangan yang terhad sebegini memadai untuk dipenuhi dengan tumbuhan-tumbuhan dapur yang kerap digunakan untuk tujuan masakan . Penanaman boleh dilakukan di dalam pasu-pasu pelbagai bentuk (empat segi, bulat ,leper atau menegak) atau secara berbatas. Anda boleh memilih kalangan tumbuhan seperti bawang, cili, daun sup, serai, pandan, kesum serta pelbagai lagi untuk dimasukkan di dalam skim penanaman nanti. Penggunaan tanaman sayuran seperti kobis, sawi dan seumpamanya selain menjadikan taman tersebut lebih produktif juga membantu menghasilkan tekstur taman yang berbeza.

Selain untuk olahan penanaman yang baik , tanaman sayuran hasil daripada taman dapur kita juga mampu membekalkan sayuran yang sihat ,segar dan terkawal mutunya untuk keluarga kita.

1 ulasan:

cuba periksa...

Page Rank Checker

made in Malacca

bighandesign

BlogMalaysia.com

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!