Kami sedia menjual segala jenis Pergola, Gazebo, Meja, Pondok dan Kerusi yang di perbuat dari kayu untuk landskap rumah anda dan juga info menarik mengenai landskap. Berminat? Hubungi kami e-mail : f.a.woodconcept@gmail.com


Online Advertising

info..click

online camera shop

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Jumaat, 19 Ogos 2011

Rumput Lebih Hijau Dan Cantik


Memiliki halaman berumput yang subur dan rapi tidak perlu berbelanja besar. Sebaliknya, ia boleh diperoleh dengan merujuk buku, majalah, internet malah pakar landskap yang sudi mendedahkan cara menjaga dan memeliharanya. Sebaik asas penjagaan diketahui, anda mampu melakukannya sendiri. Malah, silap gaya jiran dan rakan pula datang meminta diperturunkan petua dan ilham membentuk halaman indah.

Memangkas dan menyabit rumput perkara paling asas menzahirkan halaman terjaga rapi. Bagaimanapun
tekniknya perlu betul terutama jika ini membabitkan pengalaman pertama anda memangkas dan menyabit
rumput. Jika ini kali pertama anda melakukannya, pastikan hayunan sabit anda mencecah hingga ke akar
rumput.

Selain membuang rumput mati, tujuan utamanya ialah membenarkan rumput baru dan lebih hijau
tumbuh dengan cepat. Pastikan kawasan berumput itu dicakar dan digembur sekalipun tidak keseluruhan rumput halaman anda potong dan pangkas. Cara ini dipercayai membantu menyuburkan tanah sekali gus menggalakkan pertumbuhan rumput baru yang lebih subur.

Kali kedua memotong rumput, pastikan mata sabit tidak dihayun terlalu dalam. Ketika cuaca panas terik,
pastikan layahan sabit tidak mengena tanah yang mengakibatkan rumput bertukar kekuningan. Seperti
pokok dan bunga, halaman juga perlukan siraman supaya tidak layu dan kering. Sebelum itu, penting bagi
anda mengenalpasti spesies rumput dan jenis tanah bagi mengagak jumlah dan kadar siraman yang
diperlukan.

Jangan sesekali menyiram halaman selepas hujan kerana ini menjadikan tanah tepu dan pada
akhirnya rumput akan mati. Detik terbaik menyiram halaman adalah pada awal pagi atau sejurus matahari terbenam. Ketika ini proses pemeluwapan kurang berlaku sekali gus membantu air meresap jauh ke dalam tanah. Baja antara faktor penentu kesuburan tanah. Justeru, penting bagi anda mengenal pasti jenis tanah.

Jika tidak pasti, bawa contoh tanah kepada pakar landskap dan pusat semaian supaya mereka boleh mencadangkan jenis baja yang sesuai untuk halaman anda. Ada dua jenis baja untuk dipilih iaitu kimia atau organik. Apapun pilihan anda, pastikan arahan penggunaannya dipatuhi kerana terlebih meletak baja boleh merosakkan halaman.

Seperkara yang tidak semua orang tahu ialah tanah dan akar rumput memerlukan udara untuk bernafas terutama bagi tanah jenis padat. Untuk menguji kepadatan tanah, tuang sedikit air ke dalam tanah dan tunggu beberapa minit untuk melihat keupayaannya meresap air. Tanah yang gagal meresap air bermakna mempunyai karbon dioksida yang berkumpul di dalamnya.

Cara paling mudah menanganinya ialah tebuk lubang halus mengikut jarak tertentu di tanah. Tujuannya supaya oksigen dan air dapat meresap sampai ke akar. Lubang berkenaan seharusnya berliang kecil dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Cow grass atau nama saintifiknya Axonopus compressus (ada yang mengatakan Paspalum conjugatum) ini
amat disyorkan ditanam di halaman rumah. Mudah dijaga kerana tidak perlu banyak baja dan tahan
serangan serangga serta penyakit. Lambat panjang melainkan diberi lebih baja. Berakar pendek menyukarkannya hidup dalam cuaca kemarau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cuba periksa...

Page Rank Checker

made in Malacca

bighandesign

BlogMalaysia.com

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!