Kami sedia menjual segala jenis Pergola, Gazebo, Meja, Pondok dan Kerusi yang di perbuat dari kayu untuk landskap rumah anda dan juga info menarik mengenai landskap. Berminat? Hubungi kami e-mail : f.a.woodconcept@gmail.com


Online Advertising

info..click

online camera shop

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Jumaat, 19 Ogos 2011

Tips Berjimat Untuk Perayaan ( Ruang Makan )

MENGHIAS ruang makan tidak memerlukan peruntukan besar asalkan bijak memanfaatkan perabot dan aksesori hiasan sedia ada.

Panduan berikut boleh membantu:

  • Cat dinding


    Warna terang bagi menceriakan ruang makan yang kurang pencahayaan, warna gelap pula ada kalanya mampu menjadikan ruang sejuk, warna lembut mencerahkan dan mewujudkan suasana lebih luas.
    Bagi menonjolkan kelainan dinding, gunakan teknik mengecat seperti span atau kertas sempadan. Dinding boleh diserikan dengan bingkai gambar atau cermin.

  • Meja makan
    Tidak perlu dibeli baru memadai hanya menukar alas meja atau balut dengan plastik berwarna.
    Penggunaan alas fabrik seperti organza, atau sheer bersulam amat menarik sekali gus merubah wajah ruang.  Permukaan meja boleh dicat baru dan ia tampil menarik apabila dihiasi gambar keluarga atau pemandangan.


  • Seterusnya lapik kaca sama besar ukuran permukaan meja makan berkenaan. Jika mempunyai kerusi kayu, cat dengan warna pilihan atau balut kerusi dengan fabrik dan pasangkan riben mengikut warna persekitaran.

    Perhiasan

    Lilin dan pemegang pasti mengubah suasana.  Jambangan bunga ringkas di atas meja pastinya mewujudkan sudut pandangan berbeza.

    Lantai

    Lantai jubin boleh ditukar kepada panel kayu atau berlamina kayu. Bagi lebih murah, tanggalkan beberapa jubin sedia ada dan gantikan dengan jubin berwarna.  Langkah menukar permaidani lama kepada baru antara langkah menghias bijak.

    Lampu dan pencahayaan

    Kehadiran lampu gantung atau terendak pelbagai warna pastinya mengilhamkan suasana menjamu selera yang menarik dan eksklusif.


    Siling

    Ketika membersihkan kipas dan lampu, pastikan siling juga dibersihkan. Keindahan ruang makan juga berbeza jika dipasang siling lepa, birai emas atau alang kayu. Siling yang diwarnakan dengan rona pilihan berupaya menonjolkan kekuatan ruang.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    cuba periksa...

    Page Rank Checker

    made in Malacca

    bighandesign

    BlogMalaysia.com

    ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!