Kami sedia menjual segala jenis Pergola, Gazebo, Meja, Pondok dan Kerusi yang di perbuat dari kayu untuk landskap rumah anda dan juga info menarik mengenai landskap. Berminat? Hubungi kami e-mail : f.a.woodconcept@gmail.com


Online Advertising

info..click

online camera shop

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Isnin, 22 Ogos 2011

Cara & Teknik Menghias Laman Rumah

LAMAN yang cantik dan teratur dapat menyejukkan mata dan memberi ketenangan kepada pemilik. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk disesuaikan dengan keadaan kawasan sama ada laman rumah kampung atau bandar. Antara cara menghias halaman rumah anda.

Rumput boleh juga ditanam selain laluan bersimen yang berselang seli untuk menghiasi halaman. Antara jenis rumput yang cantik ialah rumput turf kerana selain menaikkan seri taman, ia berfungsi menstabilkan tanah, merendahkan suhu persekitaran, menyerap gas tercemar dan menjadi alas menutup bumi yang boleh menghalang hakisan tanah.

Rumput jenis tikar seperti Axosnospus Compressus juga sesuai ditanam di halaman kerana ia sesuai hidup pada semua jenis tanah dan tahan pijakan. Bagi rumah yang tiada halaman luas, penggunaan bunga secara berpasu lebih sesuai. Pastikan anda memilih pokok jenis berbunga supaya nampak berwarna-warni untuk menimbulkan suasana ceria.
Tanaman yang digantung juga sesuai untuk rumah yang mempunyai keluasan halaman yang kecil.
Selain itu pondok kecil dan bangku kayu juga boleh didirikan untuk kemudahan anak-anak dan tetamu.
Untuk nampak lebih indah dan nyaman gunakan kombinasi batu, pasir, binaan simen dan tanaman hijau di sekitar rumah.

Ia boleh mengelakkan air bertakung atau terpercik ke dinding rumah. Bina kolam kecil untuk dijadikan hiasan. Bela ikan supaya lebih menarik dan menjadi tarikan kepada kanak-kanak.Tanaman berpagar juga sesuai ditanam untuk memagari rumah seperti buluh yang disusun secara dua lapis. Tetapi pastikan ia dicantas rata supaya menimbulkan kesan lebih menarik dan dramatik.

Khususkan sedikit ruang di halaman rumah untuk dijadikan taman mini yang menggabungkan pelbagai jenis bunga dan rumput. Bagi rumah di kawasan kampung, tanam secara barisan bunga-bungaan yang menjalar mengelilingi rumah. Sebaiknya gunakan tanaman tidak berbunga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cuba periksa...

Page Rank Checker

made in Malacca

bighandesign

BlogMalaysia.com

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!