Cara Menyelenggara kolam
# Kesihatan tumbuhan dan ikan bergantung kepada kekerapan anda membersih dan menyelenggara kolam, jadi tetapkan jadual pembersihan.
# Pencemaran air akan menyebabkan pokok dan ikan dalam kolam boleh mati, maka kekalkan keseimbangan antara tumbuhan dan ikan juga kebersihan air.
# Bagi memastikan kolam kekal dengan penjagaan yang terhad apa kata tanam pokok satu pertiga daripada keluasan kolam. Penanaman pokok dalam kolam penting untuk mengawal kadar ammonia and nitrat dalam air.
# Ikan yang menghiasi kolam biasanya akan memakan tumbuhan dalam kolam. Oleh itu, untuk mengelakkan tumbuhan mati kerana menjadi makanan ikan, seeloknya bina penghadang khas.
# Jika tidak mampu membina penghadang apa kata tukarkan ikan koi dengan ikan emas. Ikan Koi biasanya suka memakan tumbuhan dalam kolam manakala ikan emas yang lebih cerewet dan memilih makanannya.
# Pastikan kolam anda mempunyai penapis untuk memastikan air tidak cepat keruh dan berbau yang boleh menyebabkan pertumbuhan kulat dan lumut.
Kami sedia menjual segala jenis Pergola, Gazebo, Meja, Pondok dan Kerusi yang di perbuat dari kayu untuk landskap rumah anda dan juga info menarik mengenai landskap. Berminat? Hubungi kami e-mail : f.a.woodconcept@gmail.com
Memaparkan catatan dengan label Rahsia-Laman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rahsia-Laman. Papar semua catatan
Khamis, 22 September 2011
Isnin, 12 September 2011
Keunikan Landskap Berciri Melayu
Menata laman kediaman agar kelihatan segar dan menarik semakin menjadi pilihan ramai dan pelbagai konsep serta idea landskap yang boleh di ketengahkan. Pernah kah anda dengar, konsep landskap Melayu? Tentunya tergambar akan suasana kampung dengan laman yang luas dan pohon merimbun. Jika dirasakan konsep sebegini semakin jauh diminati, saya akan membawa anda untuk anda mengimbau memori Landskap Bercirikan Melayu.
Pangkin/Pelantar.
Di tempat begini, anda akan berehat dari kepenatan seharian bekerja. Kebiasaannya ia diperbuat daripada kayu cengal atau balau yang tahan cuaca. Biasa juga dikenali sebagai Gazebo atau wakaf.
Pangkin/Pelantar.
Di tempat begini, anda akan berehat dari kepenatan seharian bekerja. Kebiasaannya ia diperbuat daripada kayu cengal atau balau yang tahan cuaca. Biasa juga dikenali sebagai Gazebo atau wakaf.
Isnin, 5 September 2011
Seni Menghiasi Laman
LAMAN yang cantik dan teratur dapat menyejukkan mata dan memberi ketenangan kepada pemilik. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk disesuaikan dengan keadaan kawasan sama ada laman rumah kampung atau bandar. Antara cara menghias halaman rumah anda. Rumput boleh juga ditanam selain laluan bersimen yang berselang seli untuk menghiasi halaman.
Antara jenis rumput yang cantik ialah rumput turf kerana selain menaikkan seri taman, ia berfungsi menstabilkan tanah, merendahkan suhu persekitaran, menyerap gas tercemar dan menjadi alas menutup bumi yang boleh menghalang hakisan tanah. Rumput jenis tikar seperti Axosnospus Compressus juga sesuai ditanam di halaman kerana ia sesuai hidup pada semua jenis tanah dan tahan pijakan.
Bagi rumah di kawasan kampung, tanam secara barisan bunga-bungaan yang menjalar mengelilingi rumah. Sebaiknya gunakan tanaman tidak berbunga.
Bagi rumah di kawasan kampung, tanam secara barisan bunga-bungaan yang menjalar mengelilingi rumah. Sebaiknya gunakan tanaman tidak berbunga.
Sabtu, 3 September 2011
Tips Menghiasi Taman Kediaman
Laman yang menarik bukan hanya bergantung sepenuhnya kepada reka bentuk, tema serta tanaman yang mahu diketengahkan saja, tetapi hiasannya juga perlu dititik beratkan juga. Bagi sesetengah orang, hiasan laman tidak perlu, walaupun hakikatnya ia penting bagi menyerlahkan lagi kediaman selain memberi identiti kepada ruang berkenaan.
Justeru, pemilihan hiasan laman perlulah dilakukan berhati-hati supaya memberikan hasil yang sesuai dengan tema dan persekitaran ruang berkenaan sebagai tempat istirahat seisi keluarga. Kepenatan menghias ruang laman dengan hasil usaha sendiri tanpa bantuan pereka dan kontraktor landskap pastinya berbaloi kerana ia menepati cita rasa sendiri selain menjimatkan.
Justeru, pemilihan hiasan laman perlulah dilakukan berhati-hati supaya memberikan hasil yang sesuai dengan tema dan persekitaran ruang berkenaan sebagai tempat istirahat seisi keluarga. Kepenatan menghias ruang laman dengan hasil usaha sendiri tanpa bantuan pereka dan kontraktor landskap pastinya berbaloi kerana ia menepati cita rasa sendiri selain menjimatkan.
Jumaat, 26 Ogos 2011
Rahsia Laman Cantik, Bagaimana?!
thanx a lot
Ramai yang mahu memiliki laman yang cantik seperti di bilik pameran atau nurseri tanaman. Namun, kebanyakannya tidak mahu mempelajari teknik yang betul untuk menanam pokok dan menjaga landskap menyebabkan pokok mati dan landskap idaman hanya bertahan sebulan dua. Ada beberapa tip penjagaan landskap yang perlu diberikan perhatian untuk memastikan laman terus cantik dan kekal lama.
Perkara utama dalam penjagaan landskap adalah penyiraman pokok yang perlu dilakukan untuk memastikan jumlah air mencukupi diserap tisu tumbuhan. Persoalannya, bagaimana anda mengetahui bila dan berapa banyak air diperlukan oleh setiap pokok? Kita tahu bahawa pokok memerlukan air untuk hidup, tetapi terlalu banyak air boleh menjejaskan pertumbuhan pokok.
Selasa, 23 Ogos 2011
Taman Dapur

Sama seperti taman herba, taman dapur atau Kitchen Garden sering menjadi pilihan utama sebagai tema di dalam rekabentuk sesuatu taman. Taman dapur merupakan taman yang mengeluarkan hasil , produktif, ditanami tumbuhan yang boleh digunakan untuk keperluan masakan. Tumbuh-tumbuhan di dalam sesebuah taman dapur ini boleh terdiri daripada gabungan spesies rempah-ratus, herba, ulam-ulaman, sayur-sayuran ataupun bunga-bungaan.
Gabungan spesies ini pula diolah, diatur dengan sentuhan rekabentuk yang menarik. Kehadiran taman atau kebun dapur selalunya membantu mereka yang bertugas di dapur memperolehi sebahagian daripada keperluan atau ‘aksesori’ bahan masakan dengan mudah. Pemilihan tema Kitchen Garden juga selalunya bertujuan untuk disesuaikan dengan halaman yang sediada berdekatan dengan ruang dapur rumah berkenaan.
Taman dapur turut mempunyai kaitan rapat dengan Taman ulaman dan Taman sayuran (Sesetengah memanggilnya sebagai vegi atau edible garden). Perbezaan yang agak ketara mungkin wujud di sebalik peratus penggunaan jenis bahan tanaman.
Isnin, 22 Ogos 2011
Cara & Teknik Menghias Laman Rumah
LAMAN yang cantik dan teratur dapat menyejukkan mata dan memberi ketenangan kepada pemilik. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk disesuaikan dengan keadaan kawasan sama ada laman rumah kampung atau bandar. Antara cara menghias halaman rumah anda.
Rumput boleh juga ditanam selain laluan bersimen yang berselang seli untuk menghiasi halaman. Antara jenis rumput yang cantik ialah rumput turf kerana selain menaikkan seri taman, ia berfungsi menstabilkan tanah, merendahkan suhu persekitaran, menyerap gas tercemar dan menjadi alas menutup bumi yang boleh menghalang hakisan tanah.
Rumput boleh juga ditanam selain laluan bersimen yang berselang seli untuk menghiasi halaman. Antara jenis rumput yang cantik ialah rumput turf kerana selain menaikkan seri taman, ia berfungsi menstabilkan tanah, merendahkan suhu persekitaran, menyerap gas tercemar dan menjadi alas menutup bumi yang boleh menghalang hakisan tanah.
Rumput jenis tikar seperti Axosnospus Compressus juga sesuai ditanam di halaman kerana ia sesuai hidup pada semua jenis tanah dan tahan pijakan. Bagi rumah yang tiada halaman luas, penggunaan bunga secara berpasu lebih sesuai. Pastikan anda memilih pokok jenis berbunga supaya nampak berwarna-warni untuk menimbulkan suasana ceria.
Langgan:
Catatan (Atom)




