Kami sedia menjual segala jenis Pergola, Gazebo, Meja, Pondok dan Kerusi yang di perbuat dari kayu untuk landskap rumah anda dan juga info menarik mengenai landskap. Berminat? Hubungi kami e-mail : f.a.woodconcept@gmail.com


Online Advertising

info..click

online camera shop

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Khamis, 11 Ogos 2011

Pergola Semakin Diminati

terima kasih

PENGGUNAAN pergola makin mendapat perhatian yang mampu menampilkan keunikan laman. Jika anda bijak menyuai padan, ia dapat disesuaikan dengan apa jenis kediaman sekali pun, walaupun ruangnya terhad.
Pergola adalah para kayu yang dibina di laman untuk memayungi ruang pejalan kaki atau ruang depan atau belakang rumah dan boleh diperoleh dalam dua jenis iaitu bertutup atau terbuka. Nama pergola di ambil daripada bahasa Latin, Pergula yang merujuk kepada layar sengkuap dan kemudian dipinjamkan ke dalam bahasa Inggeris.




Dengan kata lain, pergola adalah binaan sementara yang biasa dibina di depan pintu rumah menuju ke taman depan kediaman. Dalam seni binaan barat, biasanya pergola dibina untuk depan pintu menuju ke kolam renang atau laman belakang atau kiri dan kanan rumah menjadi ruang berlindung daripada panas dan hujan.


Ketika di zaman Rennaissance, pergola tidak lagi menjadi binaan sementara kerana kebanyakan kediaman
atau bangunan menjadikannya sebagai binaan kekal. Pergola dijadikan terowong hijau atau hiasan taman yang popular pada awal zaman itu. Pergola menjadi hiasan menarik untuk musim bunga dan panas.

Pergola moden kini dibina dengan kayu seperti cengal, jati dan kayu getah. Di negara ini, pergola biasanya dibina menggunakan kayu cengal kerana kukuh dan tahan lama. Bagi mencantikkan lagi pergola ada yang menghiasinya dengan tirai daripada kayu, buluh atau fabrik seperti kain sifon, satin dan kapas.

Tahukah anda, binaan pergola dari kayu turut bertindak sebagai `pelembut’ laman yang sarat dengan pokok hiasan dan pada masa sama, dapat mengubah pemandangan rumah. Ia boleh diibaratkan sebagai pelengkap laman.

Sebelum membina pergola, anda perlu tentukan keluasan laman terlebih dulu. Jika laman anda luas, lebih elok membina pergola sendiri bagi memastikan bersesuaian dengan cita rasa dan ukuran laman. Binaan pergola kecil dengan laman yang luas pasti membuatkan laman kelihatan pelik dan kurang menarik.

Pergola boleh digabungkan dengan anjung rumah atau berdiri sendiri menjadi titik tumpu untuk laman. Untuk ruang terhad lebih baik digabungkan dengan binaan lain di depan rumah supaya ia tidak memakan ruang yang ada. Selepas tentukan keluasan laman, anda perlu memilih kayu yang sesuai untuk pegola anda. Pilih pergola dari kayu bermutu tinggi seperti cengal kerana pendedahan kepada perubahan cuaca. Jika kayu tidak berkualiti, dikhuatiri anda terpaksa berbelanja lebih membaiki kerosakan pergola yang runtuh.

Kemudian, lihat kesesuaian laman anda dengan pergola yang bakal dipasang. Jika anda tinggal di rumah yang mempunyai ruang terhad seperti pangsapuri, anda perlu memilih pergola ringkas tanpa bumbung untuk mengelakkan ruang yang sempit nampak berserabut.

Hiasan untuk pergola jangan diabaikan. Anda boleh hias pergola mengikut selera dan konsep yang diinginkan dan seeloknya jangan biarkan pergola anda kosong tanpa sebarang hiasan. Jika anda inginkan gaya sederhana, boleh gunakan pokok gantung pada pergola anda.

Pergola akan kelihatan lebih hidup dengan pokok menjalar. Tapi pastikan pokok itu sentiasa dipangkas supaya laman kelihatan terurus dan selamat daripada binatang berbisa. Pokok yang biasanya sesuai untuk pergola adalah Kembang Seri Pagi, Bunga Ketup-ketup, Akar Dani, Titus atau tumbuhan sayuran seperti timun, tomato, tembikai dan peria.

Reka letak pergola di laman juga penting untuk mewujudkan suasana redup di laman rumah dan pastikan arah cahaya matahari terlebih dulu sebelum pergola dibina. Ini penting untuk disesuaikan dengan reka letak pokok hiasan di sekeliling pergola.

Aliran angin juga perlu diambil kira. Jangan hias pergola terlalu sarat dengan hiasan atau pokok gantung kerana akan menghalang aliran angin sekali gus membuatkan suasana nyaman di bawah pergola bertukar hangat dan merimaskan.

Bahan lantai pergola seeloknya daripada bahan cerah seperti simen akan membuatkan halaman kelihatan panas, seelok-eloknya pilih warna terang yang tidak menyerap cahaya.
Fakta:

Panduan memilih tanaman memanjat untuk pergola di laman
* Anda digalakkan memilih tanaman memanjat dengan daun dan bunga berwarna terang dalam usaha menceriakan laman dan secara langsung menampakkan ruang yang lebih luas.
* Pastikan struktur pergola sesuai supaya tidak mengganggu tumbesaran tumbuhan.
* Seeloknya beli tanaman memanjat yang ditanam dalam pasu kerana akarnya tidak banyak terganggu apabila ia dipindahkan ke tanah.
* Pastikan tanaman permukaan tanah dalam pasu tidak diliputi lumut atau akarnya terkeluar dari lubang saliran air pada bahagian bawah pasu.
* Memilih tanaman memanjat yang tidak cepat tumbesaran hingga menyebabkan ia merimbun dalam jangka pendek dan mungkin menjejaskan pemandangan atau perancangan konsep laman yang anda impikan selama ini.
* Aturkan jadual untuk menyelenggara termasuk kerja memangkas ranting pokok supaya ia tidak menjalar sehingga menyemakkan kediaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cuba periksa...

Page Rank Checker

made in Malacca

bighandesign

BlogMalaysia.com

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!