Kami sedia menjual segala jenis Pergola, Gazebo, Meja, Pondok dan Kerusi yang di perbuat dari kayu untuk landskap rumah anda dan juga info menarik mengenai landskap. Berminat? Hubungi kami e-mail : f.a.woodconcept@gmail.com


Online Advertising

info..click

online camera shop

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Rabu, 31 Ogos 2011

Dekorasi Rumah Terbuka Raya Ini



Menghias kediaman pasti menjadi keutamaan ramai ketika ini untuk menyambut lebaran selain memenuhi kelengkapan persalinan. Rumah yang cantik bukan sahaja memberi kepuasan kepada pemiliknya, namun turut menyajikan keselesaan kepada pengunjung yang bertandang. Apatah lagi konsep rumah terbuka hari raya semakin diminati.

Pastinya ketika ini ramai yang sedang berkira-kira konsep apa yang perlu diterapkan untuk hiasan kediaman pada tahun ini. Masih tercari hiasan yang sesuai?  Home Decor Crafts mungkin boleh membantu. Kepada mereka yang gemar hiasan unik, pusat sehenti kelengkapan rumah ini menjanjikan pelbagai pilihan hiasan dan juga perabot yang menarik pada harga berpatutan.
Keistimewaan barangan Home Decor Craft terletak pada keunikan yang mungkin sukar ditemui di tempat lain. Mereka juga mengimport terus barangan dari kilang di luar negara dan sesetengahnya menggunakan rekaan yang pihak Home Decor minta.

Antara yang menarik adalah tirai buluh bercorak yang didatangkan khas dari Vietnam. Tirai itu telah dipertingkatkan kualiti berbanding yang lama di mana ia menggunakan besi tahan karat menjadikannya tahan lasak dan tidak mudah putus. Harga tikar ini bermula dari RM90 mengikut jenis yang berbeza bergantung kepada kepadatan susunan juntaian buluhnya.

Pihak Home Decor Crafts turut memberi jaminan sepanjang hayat kecuali jika ia diletakkan di kawasan terbuka atau terputus akibat ditarik. Terdapat 10 corak yang berlainan dan setiap satunya dilukis menggunakan tangan secara eksklusif. Tirai bersaiz 90 lebar dan 200 sentimeter panjang dan sesuai digunakan untuk sebagai penghadang, pada pintu atau sekadar hiasan.

Selain daripada itu, terdapat juga bidai venetial yang unik dalam pelbagai rekaan memenuhi keperluan kediaman. Mungkin sudah menjadi kebiasaan bidai digunakan di pejabat, namun trend itu mula menular ke kediaman dengan pilihan yang lebih pelbagai memenuhi cita rasa dekorasi masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cuba periksa...

Page Rank Checker

made in Malacca

bighandesign

BlogMalaysia.com

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!