Kami sedia menjual segala jenis Pergola, Gazebo, Meja, Pondok dan Kerusi yang di perbuat dari kayu untuk landskap rumah anda dan juga info menarik mengenai landskap. Berminat? Hubungi kami e-mail : f.a.woodconcept@gmail.com


Online Advertising

info..click

online camera shop

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Sabtu, 13 Ogos 2011

Pergola Mengindahkan Landskap Rumah


DULU pergola berperanan meredupkan kawasan laman di kediaman tetapi kini dengan peredaran masa, fungsinya lebih daripada itu. Reka bentuk yang pelbagai boleh disesuaikan mengikut kehendak pemilik. Sama ada dijadikan ruang bersantai sambil menikmati udara petang atau hiasan di taman, pergola kini semakin menjadi pilihan kebanyakan pemilik rumah dalam menghias laman masing-masing.

Dibina sendiri atau membeli pasang siap, pergola bukan sekadar sebahagian daripada hiasan laman tetapi mampu membentuk watak pada sesebuah taman, terutama yang mempunyai reka bentuk menarik.
Bagi halaman luas, pembinaan pergola boleh disesuaikan dengan cita rasa. Kini pelbagai reka bentuk pergola pasang siap ada di pasaran, daripada yang sebesar 0.6 meter sehinggalah mencapai 3.3 meter.

Pergola semakin mendapat permintaan sama ada yang mempunyai kediaman kecil mahu pun besar kerana ia adalah pelengkap hiasan bagi sebuah laman. Di pasaran sekarang, pergola daripada kayu cengal menjadi pilihan utama kerana tahan lasak dan lama. Pelbagai pilihan disediakan daripada yang siap dengan kolam ikan sehinggalah kepada pergola tanpa kolam tetapi keluasannya membolehkan ia dijadikan ruang menikmati minum petang atau tempat berbual-bual bersama keluarga.

Selain itu, ada juga pergola jenis ringkas terdiri daripada kerusi santai untuk menikmati keindahan taman, juga jenis kolam kecil dilengkapi pemisah ruang bagi meletakkan hiasan taman. Kedua-duanya jenis tidak berbumbung sesuai untuk halaman terhad atau mereka yang mendiami pangsapuri. Jika berminat meletakkan pergola di sudut rumah, terdapat reka bentuk yang boleh disesuaikan dengan keluasan.

Ada juga pergola dilengkapkan dengan air terjun. Bunyi deruan air menjadi halwa telinga yang cukup menyegarkan di samping menambah sejuk pada suasana laman. Ini ditambah dengan gantungan pokok di sekeliling pergola dan pada kayu yang membentuk bumbung terbuka, memberikan pemandangan menarik.
Antara pokok yang sesuai digantung pada pergola ialah ‘bird nest’ dan petunia yang dapat menghasilkan keceriaan terutama apabila kombinasi warna bunga harmoni.

Pokok lain yang berjuntai juga sesuai asalkan tidak terlalu besar kerana akan menutup keunikan pergola.
Harga pergola bergantung kepada jenis dan reka bentuk. Bagi yang mempunyai laman kecil, pergola pasang siap sangat sesuai dan harganya berpatutan. Apa pun, kehadiran pergola dengan pasu gantung dan batu-batu sungai yang disusun berserakan di persekitaran pergola mampu memberikan ketenangan.

1 ulasan:

  1. agaknya benda ni menjadi kemestian. rasanya harga mahal tetapi bergantung kpd kreativiti sendiri utk memilih material, misalnya mencari kayu dalam hutan utk dijadikan hiasan

    BalasPadam

cuba periksa...

Page Rank Checker

made in Malacca

bighandesign

BlogMalaysia.com

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!