Kami sedia menjual segala jenis Pergola, Gazebo, Meja, Pondok dan Kerusi yang di perbuat dari kayu untuk landskap rumah anda dan juga info menarik mengenai landskap. Berminat? Hubungi kami e-mail : f.a.woodconcept@gmail.com


Online Advertising

info..click

online camera shop

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Isnin, 8 Ogos 2011

Apa Itu Gazebo

Keperluan masyarakat kini terhadap tempat melakukan aktiviti tidak hanya diperlukan rumah saja, tetapi berkembang juga kepada bangunan pendukung rumah itu sendiri. Salah satu bangunan pendukung rumah adalah Gazebo. Bila kita mendengar kata gazebo, yang tertanam di benak kita bahawa gazebo itu adalah bangunan sederhana yang difungsikan untuk tempat berehat di halaman belakang rumah kita, tempat duduk - duduk bersama ahli keluarga, mungkin kita jenuh berada di dalam rumah dan kita memerlukan tempat di luar rumah yang selesa.

Pada umumnya masyarakat kita yang mempunyai rumah dengan halaman yang cukup luas dan membuat Gazebo untuk dapat melakukan aktiviti di luar rumah serta menikmati pemandangan sekitar. Dimensi Gazebo yang di bina berukuran 2 x 2m ², 3 x 3m ², dan seterusnya, bergantung kepada keluasan kawasan yang bebas dan kegiatan yang nantinya dilakukan di gazebo itu.

Gazebo juga boleh kita dapati di Restoran, hotel, resort, atau spa, yang fungsinya beranekaragam. Dilihat dari penggunaannya gazebo boleh dimanfaatkan untuk segala aktiviti yang kita perlukan, sebagai tempat duduk-duduk/bersantai, sebagai ruang makan, sebagai ruang berdoa, sebagai tempat mesyuarat, bahkan sebagai bilik mandi dengan konsep mandi diluar pun boleh dipenuhi oleh gazebo itu sendiri
Rekaan gazebo yang ada juga bermacam-macam, minimal desain Gazebo Tent ini berbentuk segi empat, namun ada pula yang berbentuk segi lima, segi enam, atau segi lapan. Gazebo ini ada yang dibuat secara kekal dan ada yang dibuat dengan system knockdown (boleh dibongkarpasang). Model gazebo yang biasa kita temui adalah Gazebo Tent dengan gaya Bali, yang memang lebih dikenali secara meluas di masyarakat kita bahkan sampai ke luar negeri kerana banyak gazebo Bali yang dieksport.
Penggunaan material yang banyak digunakan untuk membuat pembinaan gazebo adalah material kayu, tetapi tidak menutup kemungkinan penggunaan bahan lain seperti buluh, batu, besi, alluminium, dan lain-lain.
Sedangkan untuk material atap gazebo boleh menggunakan alang-alang, ijuk, sirap, genteng, kain ataupun seng. Sekarang pun sudah bayak yang menyewakan atau perniagaan rental gazebo dan rental khemah. Rental Tenda biasanya dgunakan untuk acara majlis perkahwinan dan event-event di luar runagan.
Fungsi Gazebo
Fungsi dari gazebo boleh bermacam-macam, dari bentuk gazebo yang paling sederhana iaitu gazebo tanpa tingkat sampai dengan gazebo yang mempunyai lantai dan dinding boleh dimanfaatkan sesuai dengan keperluan kita. Luasan minimum dari sebuah gazebo 2m ² dan maksimum sekitar 36m ², lebih kecil dari sebuah pendopo yang biasa kita temui di daerah Jawa khusunya, untuk mewadahi kegiatan yang kita perlukan. Fungsigazebo yang paling sering digunakan adalah sebagai tempat duduk-duduk, selain itu gazebo juga boleh berfungsi sebagai ruang tamu, ruang makan, ruang berdoa, bilik mesyuarat, bilik mandi, sebagai stan pameran, bilik tidur (biasa digunakan oleh hotel atau resort spa). Pembuatan landskap sekitar gazebo akan membuat suasana menjadi lebih indah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cuba periksa...

Page Rank Checker

made in Malacca

bighandesign

BlogMalaysia.com

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!