Kami sedia menjual segala jenis Pergola, Gazebo, Meja, Pondok dan Kerusi yang di perbuat dari kayu untuk landskap rumah anda dan juga info menarik mengenai landskap. Berminat? Hubungi kami e-mail : f.a.woodconcept@gmail.com


Online Advertising

info..click

online camera shop

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Rabu, 7 September 2011

Seni Gaya Landskap



Mencipta landskap kediaman yang berbeza dan menarik dengn sentuhan ilham lebih moden semakin diminati bagi pemilik kediaman. Penggunaan bahan kitar semula dan mesra alam menjadi satu kemesian dalam seni menghiasi laman. Ianya bertujuan agar hasilnya bukan sahaja melahirkan taman yang unik bahkan memberikan satu kelainan yang sihat bagi persekitaran laman rumah.

Struktur Seni Bina.

- Penggunaan bahan kitar semula sememangnya tidak asing digunakan waktu kini. Ia juga memperlihatkan pada penggunaan dan penggayaan taman dan landskap kediaman. Bahan-bahan kiar semula bukan sahaja menjimatkan bajet, tetapi juga memberi pendekatan mesra alam seperti yang diuar - uarkan kerajaan Malaysia. 

- Bahan - bahan kitar semula sesuai dijadikan sebagai struktur seni bina seperti kayu dan juga keluli. Kita cuma perlu menghiaskan struktur binaan dengan pokok menjalar yang bakal memberikan teduhan sewaktu bersantai. Anda digalakkan memilih pokok yang tahan kadar pencahayaan matahari yang banyak kerana struktur binaan ini tidak mempunyai bumbung.

Kaedah Penanaman Dinding Hijau.

- Kaedah ini sudah lama dipraktikkan dalam landskap bangunan pejabat. Dinding hiju yang malar segar menawarkan pelbagai manfaat untuk ruang kediaman, kerana mengurangkan bunyi bising, kerja pembersihan di sekitar rumah, penebat dinding dan menyerap air hujan serta menutup ruang dinding yang kelihatan kurang cantik.

- Taman seperti ini boleh ditanam mengikut kerangka, trelis atau kekotak. Pilihan tumbuhan menjalar atau merimbun sesuai sebagai tanaman dinding antaranya DISCHIDIA NUMMULARIA dan BOUGAINVILLEA.

Permukaan Berumput

- Landskap jenis ini memerlukan jumlah air yang banyak kerana kawasan ini memerlukan material yang boleh dikitar semula, tanaman berpenutup atau arca taman. Pilihan kepada rumput tradisi adalah tanaman herba seperti mint, thyme dan chamomile yang mencipta penutup tanah yang lebih menarik.

- Jika anda menggemari element Hard Landscape, di cadangkan agar penggunaan kemasan lantai berlubang yang menyerap dan mengalirkan air hujan ke ruang di bawah tanah.

(sebahagian artikel dipetik dari sumber seperti Majalah, Keratan Akhbar dan Internet. Terimak KAsih.)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cuba periksa...

Page Rank Checker

made in Malacca

bighandesign

BlogMalaysia.com

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!