Kami sedia menjual segala jenis Pergola, Gazebo, Meja, Pondok dan Kerusi yang di perbuat dari kayu untuk landskap rumah anda dan juga info menarik mengenai landskap. Berminat? Hubungi kami e-mail : f.a.woodconcept@gmail.com


Online Advertising

info..click

online camera shop

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Isnin, 12 September 2011

Keunikan Landskap Berciri Melayu

Menata laman kediaman agar kelihatan segar dan menarik semakin menjadi pilihan ramai dan pelbagai konsep serta idea landskap yang boleh di ketengahkan. Pernah kah anda dengar, konsep landskap Melayu? Tentunya tergambar akan suasana kampung dengan laman yang luas dan pohon merimbun. Jika dirasakan konsep sebegini semakin jauh diminati, saya akan membawa anda untuk anda mengimbau memori Landskap Bercirikan Melayu.

Pangkin/Pelantar.

Di tempat begini, anda akan berehat dari kepenatan seharian bekerja. Kebiasaannya ia diperbuat daripada kayu cengal atau balau yang tahan cuaca. Biasa juga dikenali sebagai Gazebo atau wakaf.

Tempayan.

Zaman dahulu kala, tempayan digunakan untuk menakung air bagi tujuan minum atau untuk mandi. Ada juga diletakkan di sudut tangga rumah melayu lama bertujuan untuk membsuh kaki sebelum memasuki rumah. Anda juga boleh menjadikan tempayan ini sebagai water feature elemen landskap anda.

Reban/Sangkar Burung.

Ianya dibina untuk melindungai burung daripada panas matahari dan hujan. Dan kini replika reban/sangkar burung dijadikan hiasan landskap laman rumah dengan ditambah kain putih atau songket mengikut kreativiti.

Tikar Mengkuang.

Alam semulajadi merupakan sumber ilham kepada penciptaan seni dan dekorasi masyarakat Melayu. Tikar Mengkuang sendiri diperbuat daripada daun mengkuang yang terkenal dengan ketahanan meterialnya. Untuk mencantikan landskap, hamparkan pada pangkin anda.

Anda boleh merekacipta daripada pelbagai alatan tradisional masyarakat melayu untuk mencantikan landskap laman rumah. Paling penting, ianya tidak terlalu berserabut dan merimaskan mata pengunjung.

sumber: IMPIANA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cuba periksa...

Page Rank Checker

made in Malacca

bighandesign

BlogMalaysia.com

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!