Kami sedia menjual segala jenis Pergola, Gazebo, Meja, Pondok dan Kerusi yang di perbuat dari kayu untuk landskap rumah anda dan juga info menarik mengenai landskap. Berminat? Hubungi kami e-mail : f.a.woodconcept@gmail.com


Online Advertising

info..click

online camera shop

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Amazon SearchBox

Isnin, 10 Januari 2011

inFo wakaf...

WAKAF biasanya dijadikan tempat berehat golongan petani atau pesawah untuk melepaskan lelah selepas seharian penat membanting tulang di ladang atau bendang masing-masing.

Namun, wakaf bukan saja digunakan sebagai tempat berteduh golongan terbabit, malah kini turut dijadikan pilihan utama peminat landskap sebagai pelengkap dan penyeri sudut laman rumah mereka.

Ini kerana pembinaan wakaf yang struktur binaan luarnya seperti pondok dengan keadaan terbuka di sekelilingnya menjadikan laman rumah tampak sejuk dan nyaman selain berfungsi mewujudkan suasana visual vertikal dalam taman.

Selain itu, wakaf menjadi sebahagian titik fokus utama kepada elemen landskap kerana peranannya yang dapat menghidupkan lagi suasana kedamaian pada laman rumah selain dijadikan tempat bersantai pada waktu petang.

Di negara ini, terdapat pelbagai jenis wakaf dengan reka bentuk berbeza antaranya wakaf bumbung limas Johor, kampung, gaya neo-tradisional dan bendang.

Aliran wakaf limas semakin diminati ramai sejak akhir-akhir ini berikutan penggunaan imej rustik dan usang selain penyatuan elemen semula jadi pada satu struktur binaannya.

Walaupun kos pembinaannya dikatakan mencecah ribuan ringgit, pemilik laman sanggup mengeluarkan modal besar bagi memastikan landskap mereka sentiasa ceria dan indah serta tidak cacat bagi pandangan luar.

Pada hakikatnya, tarikan reka bentuk wakaf sebenarnya bergantung sepenuhnya kepada kreativiti dan cita rasa masing-masing sama ada berkonsep moden, kontemporari atau sebaliknya selain perlu mengikut keluasan tanah atau laman rumah.

Wakaf yang bakal didirikan itu pula boleh dibina dalam pelbagai saiz dan bentuk sama ada pemiliknya mahukan bumbung beratapkan rumbia, senggora, limas atau genting lama.

Bagi mereka yang mengimpikan wakaf berbentuk tradisional, boleh memilih atap rumbia dan nipah sebagai penutup bumbung sebelum meletakkan kayu berukiran awan larat pada bahagian tepi bumbung selain diletakkan pancang kayu berbentuk mata lembing pada puncak bumbung.

Bagi wakaf berbentuk moden pula, peminat landskap boleh menghasilkan reka bentuk ala Inggeris dengan menjadikan atap genting lama atau senggora sebagai penghias bumbung sebelum mengecatnya dengan warna agak pudar.

Sementara itu, kebanyakan kayu yang digunakan untuk membuat tiang, tunjuk langit, tetulang bumbung dan pangkin wakaf pula daripada jenis balau, seraya dan cengal kerana ia kukuh serta tahan perubahan cuaca.

Namun, penggunaan batang nibung dan pinang juga boleh digunakan sebagai tiang penyokong wakaf kerana kedua-duanya turut dikatakan lasak, selain memiliki teras serta corak kayu asli sebaik kulitnya disiat buang sebelum divarnis dengan cat bermutu tinggi.

Selain alah kepada cuaca, pemilihan kayu penting bagi menentukan keutuhan dan ketahanan sesuatu wakaf untuk tempoh agak panjang bagi mengelakkannya daripada dimakan serangga pemusnah seperti anai-anai.

Bagi pemilik kreatif, mereka boleh menghias wakaf mereka dengan pelbagai aksesori taman menarik sebagai pelengkap seperti hiasan lampu antik dipasang pada tiang atau meletakkan bangku siap divarnis pada ruang tengah wakaf.

Bagi memastikan suasana taman yang direka bentuk tidak mati, tanaman hiasan sama ada renek, berbunga, menjalar atau berdaun hijau perlu ditanam secara teratur dan kreatif di sekitar wakaf terbabit, selain penggunaan elemen keras seperti pasu dan ornamen.

Antara tanaman hiasan yang disyorkan ialah pinang makan atau areca carechu, keladi gajah (alocasia spp), palma renek (golden cane palm), naga buana (phyllanthus myrtifolius) dan pegaga.

Malah, bagi menceriakan lagi suasana, panel pancutan air pada dinding dan kolam air juga boleh dibina berhampiran atau di bawah wakaf sebelum dilepaskan sekumpulan ikan koi serta tumbuhan berair seperti kiambang dan bunga telipot di dalamnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cuba periksa...

Page Rank Checker

made in Malacca

bighandesign