Kami sedia menjual segala jenis Pergola, Gazebo, Meja, Pondok dan Kerusi yang di perbuat dari kayu untuk landskap rumah anda dan juga info menarik mengenai landskap. Berminat? Hubungi kami e-mail : f.a.woodconcept@gmail.com


Online Advertising

info..click

online camera shop

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Selasa, 4 Januari 2011

5 Sebab Mengapa Anda Perlukan Gazebo/Wakaf Di rumah Anda!

1. Dapat Meninggikan Lagi Nilai Rumah Anda

Dengan mempunyai Gazebo/Wakaf di rumah secara tidak langsung telah meninggikan lagi nilai rumah anda. Mengapa kami berkata demikian? Ini kerana Gazebo/Wakaf di laman rumah anda merupakan satu bentuk 'Pelaburan Kesihatan' iaitu 'Pelaburan Ketenangan & Kedamaian'.

Jika diberi pilihan, rumah yang manakah anda suka lihat dan pergi? Sudah pastinya rumah yang mempunyai gazebo/wakaf beserta laman yang mempunyai lanskap tumbuhan tropika yang cantik berbanding rumah yang tiada gazebo/wakaf dan lanskap tumbuhan tropika di laman rumah. Dan jika diberi pilihan diantara keduanya, rumah yang mana satukah yang dapat menenangkan dan mendamaikan minda anda?

Ya, tentu sekali rumah yang mempunyai gazebo/wakaf yang dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan lanskap tropika yang menyejukkan dan mendamaikan jiwa.

Jika minda anda tenang dan damai, secara tidak langsung badan anda pun menjadi sihat. Hasilnya, anda pasti dapat mencari lebih banyak wang untuk diri anda dan keluarga tercinta.


2. Tempat Terbaik Untuk Anda Rileks Bersama Keluarga Tercinta.

Sabtu dan Ahad merupakan hari yang paling sesuai untuk anda mengeratkan semula hubungan kekeluargaan di antara anda, isteri dan anak-anak anda. Setelah penat seharian bekerja dari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 6 petang, inilah masa untuk anda bersantai dan berkumpul bersama-sama dengan keluarga anda yang tercinta di gazebo/wakaf di laman rumah anda pada pagi dan petang hujung minggu.

Cuba anda bayangkan anda bersarapan ataupun makan tengahari seisi keluarga dengan penuh berselera dan penuh gelak ketawa di gazebo/wakaf sambil ditiup angin sepoi yang nyaman. Cukup indah, bukan? Terasa betul-betul rileks dan damai dan yang lebih menarik lagi, segala masalah pun boleh hilang di bawa angin sepoi dan gelak ketawa isteri dan anak-anak.

Adakah ini tidak cukup menarik bagi anda?


3. Tempat Terbaik Untuk Anda Mencari Ketenangan

Selain letih setelah seharian bekerja, minda anda juga tidak terkecuali dibebani dengan 1001 macam masalah di tempat kerja anda. Secara jujurnya, ini pasti menggandakan lagi keletihan dan tentu sekali merunsingkan lagi fikiran anda. Dimarahi bos selain masalah sesama rakan sekerja merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Sekiranya perkara ini berterusan, percayalah, ianya pasti merosakan minda dan koordinasi badan anda untuk jangka masa panjang. Selain itu, anda juga akan kelihatan lebih tua berbanding umur anda sekarang kesan daripada tekanan 1001 masalah yang melanda fikiran anda. Tentu sekali anda tidak mahu hal ini terjadi pada diri anda, bukan?



Ya, malam merupakan waktu yang terbaik dan paling sesuai untuk anda mencari ketenangan sambil menghirup udara malam yang segar. Tempat yang paling sesuai untuk anda bersantai di malam hari pula pastinya tempat yang dapat memberikan anda sepenuh keselesaan. Keselesaan untuk anda berfikir dan keselesaan untuk anda beristirehat yang boleh menenangkan minda anda yang telah berserabut pada siangnya.

Anda rasa dimanakah tempat yang paling sesuai untuk anda mengasingkan diri, tempat untuk anda beristirehat untuk melapangkan minda anda, tempat anda mencari idea-idea baru dan tempat paling mendamaikan bagi anda?

Ya, memang tepat sekali. Tempat itu ialah gazebo/wakaf!


4. Tempat Berhimpun Untuk Majlis Keluarga/Rumah Terbuka /Majlis Hari Raya

Sebelum ini dan juga seperti selalu, anda melakukan sesuatu majlis sama ada majlis keluarga, rumah terbuka dan majlis hari raya di dalam rumah anda. Mengapa anda tidak cuba mengubahnya dengan melakukannya di laman rumah anda?

Dengan konsep gazebo/wakaf yang terbuka, santai dan cukup mendamaikan menjadikan majlis keluarga dan majlis hari raya yang anda anjurkan lebih meriah, lebih klasik dan yang paling penting ianya menjanjikan 1001 kelainan yang cukup berbeza berbanding majlis anda sebelum ini.

Seronok, bukan?

Setelah selesai, anda tidak perlu terlalu mengemas ruang tamu rumah anda. Hanya perlu lebihkan mengemas di luar laman rumah anda sahaja. Ini cukup menjimatkan masa dan tenaga anda, suami isteri.


5. Menjadikan Laman Rumah Anda Lebih Cantik Dan Menarik

Mungkin benar kata anda, rumah anda sudah kelihatan cantik dengan pilihan warna cat yang menarik serta rimbunan landskap tumbuhan tropika yang menghijau di laman rumah anda. Kami bersetuju dengan anda.

Walaubagaimanapun, rumah yang cantik dan rimbunan lanskap tropika yang menyejukkan mata yang memandang sebenarnya belum cukup sempurna untuk menjadikan persekitaran kediaman anda yang terbaik. Sememangnya masih ia belum cukup lengkap tanpa berdirinya sebuah gazebo/wakaf di laman rumah anda yang dibina khas untuk anda sekeluarga.

Ya,selain sebagai pelengkap kepada laman rumah yang cantik dan menarik, sebuah gazebo/wakaf juga dapat mengukuhkan serta mengeratkan lagi silaturrahim kekeluargaan diantara anda, isteri dan anak-anak anda. Anda tentu inginkan sebuah keluarga yang bahagia, bukan?

Selain itu, jiran-jiran anda pasti mencemburui laman anda telah dilengkapi gazebo/wakaf ketika datang bertandang ke rumah anda.


Kesimpulannya,
gazebo/wakaf merupakan satu bentuk pelaburan yang terbaik untuk anda sekeluarga.


View

Hideway

Events

Lounge

Socializing

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cuba periksa...

Page Rank Checker

made in Malacca

bighandesign

BlogMalaysia.com

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!