Cara Menyelenggara kolam
# Kesihatan tumbuhan dan ikan bergantung kepada kekerapan anda membersih dan menyelenggara kolam, jadi tetapkan jadual pembersihan.
# Pencemaran air akan menyebabkan pokok dan ikan dalam kolam boleh mati, maka kekalkan keseimbangan antara tumbuhan dan ikan juga kebersihan air.
# Bagi memastikan kolam kekal dengan penjagaan yang terhad apa kata tanam pokok satu pertiga daripada keluasan kolam. Penanaman pokok dalam kolam penting untuk mengawal kadar ammonia and nitrat dalam air.
# Ikan yang menghiasi kolam biasanya akan memakan tumbuhan dalam kolam. Oleh itu, untuk mengelakkan tumbuhan mati kerana menjadi makanan ikan, seeloknya bina penghadang khas.
# Jika tidak mampu membina penghadang apa kata tukarkan ikan koi dengan ikan emas. Ikan Koi biasanya suka memakan tumbuhan dalam kolam manakala ikan emas yang lebih cerewet dan memilih makanannya.
# Pastikan kolam anda mempunyai penapis untuk memastikan air tidak cepat keruh dan berbau yang boleh menyebabkan pertumbuhan kulat dan lumut.
segalanya mengenai laman
Kami sedia menjual segala jenis Pergola, Gazebo, Meja, Pondok dan Kerusi yang di perbuat dari kayu untuk landskap rumah anda dan juga info menarik mengenai landskap. Berminat? Hubungi kami e-mail : f.a.woodconcept@gmail.com
Khamis, 22 September 2011
Rabu, 14 September 2011
Tumbuhan Untuk Pergola Anda
Panduan memilih tumbuhan memanjat untuk pergola di laman anda ;
- Digalakkan memilih tumbuhan memanjat dengan daun dan bunga berwarna terang dalam usaha menceriakan laman dan secara langsung menampakkan ruang yang lebih luas.
- Pastikan struktur pergola sesuai supaya tidak mengganggu tumbesaran tumbuhan.
- Seeloknya beli tanaman memanjat yang ditanam dalam pasu kerana akarnya tidak banyak terganggu apabila ia dipindahkan ke tanah.
- Pastikan tanaman permukaan tanah dalam pasu tidak diliputi lumut atau akarnya terkeluar dari lubang saliran air pada bahagian bawah pasu.
- Memilih tanaman memanjat yang tidak cepat tumbesaran hingga menyebabkan ia merimbun dalam jangka pendek dan mungkin menjejaskan pemandangan atau perancangan konsep laman yang anda impikan selama ini.
- Aturkan jadual untuk menyelenggara termasuk kerja memangkas ranting pokok supaya ia tidak menjalar sehingga menyemakkan kediaman.
Selasa, 13 September 2011
Ingat lagi permainan di HITZ.fm, ala game AYAm beso tu?
Ingat lagi permainan di HITZ.fm, ala game AYAm beso tu?
Sekarang game tu datang lagi, dan hadiah yang ditawarkan agak lumayan, RM60,000.00.
Rugi, jika anda tidak mengambil bahagian. Click tajuk di atas untuk info dan cara permainan..
NgaM
Isnin, 12 September 2011
Keunikan Landskap Berciri Melayu
Menata laman kediaman agar kelihatan segar dan menarik semakin menjadi pilihan ramai dan pelbagai konsep serta idea landskap yang boleh di ketengahkan. Pernah kah anda dengar, konsep landskap Melayu? Tentunya tergambar akan suasana kampung dengan laman yang luas dan pohon merimbun. Jika dirasakan konsep sebegini semakin jauh diminati, saya akan membawa anda untuk anda mengimbau memori Landskap Bercirikan Melayu.
Pangkin/Pelantar.
Di tempat begini, anda akan berehat dari kepenatan seharian bekerja. Kebiasaannya ia diperbuat daripada kayu cengal atau balau yang tahan cuaca. Biasa juga dikenali sebagai Gazebo atau wakaf.
Pangkin/Pelantar.
Di tempat begini, anda akan berehat dari kepenatan seharian bekerja. Kebiasaannya ia diperbuat daripada kayu cengal atau balau yang tahan cuaca. Biasa juga dikenali sebagai Gazebo atau wakaf.
Khamis, 8 September 2011
Blogger Tanpa Sempadan.. Kongsikan acara blog anda di twitter melalui HOTLINK.. nGam ...wooHaaa
Blogger tanpa sempadan kembali dari perjalanan mereka! Masa untuk recap! Mereka tweeted tentang pengembaraan anda dan Hantar kemas kini banyak dan gambar, semua dilakukan dengan Data Prepaid Hotlink Perantauan perkhidmatan...(kalau anda tidak faham, click sahaja untuk memahami)
Tips Menjaga Tanaman di Laman Rumah
Tentukan jenis pokok dan tanah. Selidiki cara penjagaan pokok berdasarkan jenisnya serta kesesuaian tanah.
- Siraman - Tentukan waktu sesuai untuk menyiram iaitu selok-eloknya sebelum jam 11 pagi dan di antara jam 3.30 petang hingga 7 malam untuk siraman kedua. Elakkan sama sekali penyiraman pada waktu tengahari.
- Pemangkasan - Jangan pangkas jika tiada sebarang tujuan atau tanpa idea kesannya. Tujuan pemangkasan adalah untuk kesuburan, membentuk pokok, keselamatan, penggalakan dan pengeluaran bunga serta buah.
- Pembajaan - Penting untuk tumbesaran pokok dan ramai menganggap bahawa lebih banyak baja digunakan, pokok akan tumbuh dengan lebih subur. Ada pelbagai jenis dan jenama yang terdapat di pasaran. Secara umumnya, kadar baja dan masa pembajaan adalah lebih kritikal dari jenis baja yang akan digunakan.
Jika anda ada tips, kongikan bersama saya di e-mail f.a.woodconcept@gmail.com..
Langgan:
Catatan (Atom)