Kami sedia menjual segala jenis Pergola, Gazebo, Meja, Pondok dan Kerusi yang di perbuat dari kayu untuk landskap rumah anda dan juga info menarik mengenai landskap. Berminat? Hubungi kami e-mail : f.a.woodconcept@gmail.com


Online Advertising

info..click

online camera shop

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

Isnin, 10 Januari 2011

inFo wakaf...

WAKAF biasanya dijadikan tempat berehat golongan petani atau pesawah untuk melepaskan lelah selepas seharian penat membanting tulang di ladang atau bendang masing-masing.

Namun, wakaf bukan saja digunakan sebagai tempat berteduh golongan terbabit, malah kini turut dijadikan pilihan utama peminat landskap sebagai pelengkap dan penyeri sudut laman rumah mereka.

Ini kerana pembinaan wakaf yang struktur binaan luarnya seperti pondok dengan keadaan terbuka di sekelilingnya menjadikan laman rumah tampak sejuk dan nyaman selain berfungsi mewujudkan suasana visual vertikal dalam taman.

Selain itu, wakaf menjadi sebahagian titik fokus utama kepada elemen landskap kerana peranannya yang dapat menghidupkan lagi suasana kedamaian pada laman rumah selain dijadikan tempat bersantai pada waktu petang.

Di negara ini, terdapat pelbagai jenis wakaf dengan reka bentuk berbeza antaranya wakaf bumbung limas Johor, kampung, gaya neo-tradisional dan bendang.

Aliran wakaf limas semakin diminati ramai sejak akhir-akhir ini berikutan penggunaan imej rustik dan usang selain penyatuan elemen semula jadi pada satu struktur binaannya.

Walaupun kos pembinaannya dikatakan mencecah ribuan ringgit, pemilik laman sanggup mengeluarkan modal besar bagi memastikan landskap mereka sentiasa ceria dan indah serta tidak cacat bagi pandangan luar.

Pada hakikatnya, tarikan reka bentuk wakaf sebenarnya bergantung sepenuhnya kepada kreativiti dan cita rasa masing-masing sama ada berkonsep moden, kontemporari atau sebaliknya selain perlu mengikut keluasan tanah atau laman rumah.

Wakaf yang bakal didirikan itu pula boleh dibina dalam pelbagai saiz dan bentuk sama ada pemiliknya mahukan bumbung beratapkan rumbia, senggora, limas atau genting lama.

Bagi mereka yang mengimpikan wakaf berbentuk tradisional, boleh memilih atap rumbia dan nipah sebagai penutup bumbung sebelum meletakkan kayu berukiran awan larat pada bahagian tepi bumbung selain diletakkan pancang kayu berbentuk mata lembing pada puncak bumbung.

Bagi wakaf berbentuk moden pula, peminat landskap boleh menghasilkan reka bentuk ala Inggeris dengan menjadikan atap genting lama atau senggora sebagai penghias bumbung sebelum mengecatnya dengan warna agak pudar.

Sementara itu, kebanyakan kayu yang digunakan untuk membuat tiang, tunjuk langit, tetulang bumbung dan pangkin wakaf pula daripada jenis balau, seraya dan cengal kerana ia kukuh serta tahan perubahan cuaca.

Namun, penggunaan batang nibung dan pinang juga boleh digunakan sebagai tiang penyokong wakaf kerana kedua-duanya turut dikatakan lasak, selain memiliki teras serta corak kayu asli sebaik kulitnya disiat buang sebelum divarnis dengan cat bermutu tinggi.

Selain alah kepada cuaca, pemilihan kayu penting bagi menentukan keutuhan dan ketahanan sesuatu wakaf untuk tempoh agak panjang bagi mengelakkannya daripada dimakan serangga pemusnah seperti anai-anai.

Bagi pemilik kreatif, mereka boleh menghias wakaf mereka dengan pelbagai aksesori taman menarik sebagai pelengkap seperti hiasan lampu antik dipasang pada tiang atau meletakkan bangku siap divarnis pada ruang tengah wakaf.

Bagi memastikan suasana taman yang direka bentuk tidak mati, tanaman hiasan sama ada renek, berbunga, menjalar atau berdaun hijau perlu ditanam secara teratur dan kreatif di sekitar wakaf terbabit, selain penggunaan elemen keras seperti pasu dan ornamen.

Antara tanaman hiasan yang disyorkan ialah pinang makan atau areca carechu, keladi gajah (alocasia spp), palma renek (golden cane palm), naga buana (phyllanthus myrtifolius) dan pegaga.

Malah, bagi menceriakan lagi suasana, panel pancutan air pada dinding dan kolam air juga boleh dibina berhampiran atau di bawah wakaf sebelum dilepaskan sekumpulan ikan koi serta tumbuhan berair seperti kiambang dan bunga telipot di dalamnya

Selasa, 4 Januari 2011

5 Sebab Mengapa Anda Perlukan Gazebo/Wakaf Di rumah Anda!

1. Dapat Meninggikan Lagi Nilai Rumah Anda

Dengan mempunyai Gazebo/Wakaf di rumah secara tidak langsung telah meninggikan lagi nilai rumah anda. Mengapa kami berkata demikian? Ini kerana Gazebo/Wakaf di laman rumah anda merupakan satu bentuk 'Pelaburan Kesihatan' iaitu 'Pelaburan Ketenangan & Kedamaian'.

Jika diberi pilihan, rumah yang manakah anda suka lihat dan pergi? Sudah pastinya rumah yang mempunyai gazebo/wakaf beserta laman yang mempunyai lanskap tumbuhan tropika yang cantik berbanding rumah yang tiada gazebo/wakaf dan lanskap tumbuhan tropika di laman rumah. Dan jika diberi pilihan diantara keduanya, rumah yang mana satukah yang dapat menenangkan dan mendamaikan minda anda?

Ya, tentu sekali rumah yang mempunyai gazebo/wakaf yang dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan lanskap tropika yang menyejukkan dan mendamaikan jiwa.

Jika minda anda tenang dan damai, secara tidak langsung badan anda pun menjadi sihat. Hasilnya, anda pasti dapat mencari lebih banyak wang untuk diri anda dan keluarga tercinta.


2. Tempat Terbaik Untuk Anda Rileks Bersama Keluarga Tercinta.

Sabtu dan Ahad merupakan hari yang paling sesuai untuk anda mengeratkan semula hubungan kekeluargaan di antara anda, isteri dan anak-anak anda. Setelah penat seharian bekerja dari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 6 petang, inilah masa untuk anda bersantai dan berkumpul bersama-sama dengan keluarga anda yang tercinta di gazebo/wakaf di laman rumah anda pada pagi dan petang hujung minggu.

Cuba anda bayangkan anda bersarapan ataupun makan tengahari seisi keluarga dengan penuh berselera dan penuh gelak ketawa di gazebo/wakaf sambil ditiup angin sepoi yang nyaman. Cukup indah, bukan? Terasa betul-betul rileks dan damai dan yang lebih menarik lagi, segala masalah pun boleh hilang di bawa angin sepoi dan gelak ketawa isteri dan anak-anak.

Adakah ini tidak cukup menarik bagi anda?


3. Tempat Terbaik Untuk Anda Mencari Ketenangan

Selain letih setelah seharian bekerja, minda anda juga tidak terkecuali dibebani dengan 1001 macam masalah di tempat kerja anda. Secara jujurnya, ini pasti menggandakan lagi keletihan dan tentu sekali merunsingkan lagi fikiran anda. Dimarahi bos selain masalah sesama rakan sekerja merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Sekiranya perkara ini berterusan, percayalah, ianya pasti merosakan minda dan koordinasi badan anda untuk jangka masa panjang. Selain itu, anda juga akan kelihatan lebih tua berbanding umur anda sekarang kesan daripada tekanan 1001 masalah yang melanda fikiran anda. Tentu sekali anda tidak mahu hal ini terjadi pada diri anda, bukan?

Rahsia Gazebo dan Wakaf...


FLY AKASIA
WooD & Concept
  • Pengenalan kepada blogger baru atau lama. Fly Akasia Wood & amp;Concept adalah sebuah syarikat/blogger  yang pengkhususan nya adalah dalam bidang kayu untuk landskap kediaman, pejabat, tadika, sekolah,universiti dan lain- lain kawasan yang boleh di bina untuk menampakkan serinya.
  • Kami membina Pergola, Gazebo, Pondok, Bangku, Meja berasakan kayu, iaitu kayu balau, yang mana ianya adalah kayu paling tahan antara kayu yang ada di Malaysia.
  • Jika anda inginkan suasa rumah yang mendamaikan,ceria dan harmoni, nah,..
  • Apa yang kami tawarkan ini mampu membuat seisi keluarga anda merasa seperti berada di taman di kawasan hutan.
  • Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan kami bagi membina Pergola,Gazebo,Bangku,Pondok dan Meja berasakan kayu, boleh menghubungi kami di talian :  012-6226624 / 017-2586746
atau melalui e-mail: f.a.woodconcept@gmail.com
  • Bagi pelanggan terawal, kami akan memberi diskaun 10% dari harga semasa kami. Kami memberi 100 % jaminan bahawa kayu kami adalah Balau, yang mampu bertahan dalam apa jua keadaan sekalipun.

cuba periksa...

Page Rank Checker

made in Malacca

bighandesign

BlogMalaysia.com

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!